Page 23 - QUICKNEWS VOL.2-SECURED latest back cover
P. 23

Sri Abdul Rahman Mamat, Pengerusi MIDF, yang kemudiannya
        merasmikan Pameran Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (AD).

        Pelbagai karya seni dan produk rekaan siswazah AD UiTM
        seperti catan, seni cetakan, fotografi, produk rekabentuk
        automotif dan perabot, seramik, barang kemas, fesyen, grafik,
        produk cetakan, batik, fiber dan banyak lagi telah ditampilkan
        di dalam pameran tersebut. Pasar Seni Mini yang menawarkan
        hasil karya seni dan produk para pelajar Fakulti AD turut
        diadakan bagi menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam
        kalangan siswazah.

        Pengarah Urusan Kumpulan MIDF juga melahirkan rasa teruja beliau
        terhadap permeteraian MoU di antara MIDF dan UiTM yang telah
        memasuki fasa ketiga, dan menyatakan bahawa pelbagai pembaharuan
        terhadap pengisian aktiviti-aktiviti yang relevan dengan era semasa akan
        dibawa oleh kedua-dua pihak.

        Antara aktiviti yang akan direalisasikan adalah seperti ‘MIDF-UiTM Art
        Awards’ dan ‘CEO Pocket Talks’ serta program CSR ‘Absolute English’
        bagi memberi manfaat kepada warga MIDF, komuniti di kampus UiTM,
        penggiat industri kreatif, masyarakat bahkan negara.
        – gesturz









































                                                                          gesturz quicknews Edisi.2 (Julai - Disember 2016) | 2323
                                                                          gesturz quicknews Edisi.2 (Julai - Disember 2016) |
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28