Page 17 - MAG gesturz quicknews VOL.3-(4AUG) latest back cover
P. 17

‘MURAL




                                            INTERAKTIF’






                                            TAMBAH SERI INDIAN



                                            STREET Mel, Insyirah & Syida



        KUCHING- Dari lukisan gua di Lascausx hinggalah ke catan   Projek ‘Mural Interaktif’ yang
        mural di dinding bangunan-bangunan, seni mural telah sekian   bermula sejak Disember 2016
        lama wujud dan menjadi sebuah testimoni kehidupan sejak   dijangka siap sepenuhnya
        zaman pra-sejarah hinggalah kini. Masyarakat telah meninggalkan   pada Julai 2017. Projek ini turut
        tanda atau simbol kewujudan mereka di merata tempat dengan   mendapat sokongan dari  Pusat
        membuat lakaran objek ataupun tulisan yang dipamerkan secara   Transformasi Komuniti Universiti
        terbuka sebagai kenangan, rekod sejarah, dan penghayatan buat   (UCTC) dalam aspek penyediaan
        orang ramai.  Kebiasaannya ia membawa mesej yang pelbagai   bahan dan peralatan bagi
        seperti ideologi politik, sosial, keagamaan mahupun budaya dari   menghasilkan karya catan mural.
        pengkarya kepada masyarakat. Negara-negara maju seperti    Di atas sambutan positif terhadap
        Australia, Amerika dan Eropah mula menerapkan hasil seni mural   ‘Mural Interaktif’ yang memberi
        di negara sendiri untuk menceriakan bandar mereka, natijahnya   impak terhadap pembangunan komuniti setempat, pihak UCTC
        lukisan seni mural telah menjadi trend dalam usaha untuk   telah memberi persetujuan dalam meneruskan sokongannya
        memelihara budaya dan sejarah tempatan sesuatu tempat.  bagi merealisasikan projek kedua yang dikenali sebagai  ‘Arca
                                                              Infografik’ yang terletak di Taman Astana, Kuching Utara.
        Malaysia turut mengambil kesempatan ini dengan mempraktikan
        seni mural di bangunan-bangunan lama dalam mengembalikan   Melalui projek seumpama ini, secara tidak langsung ia dapat
        keceriaan lanskap disekitar yang menjadikan ia sebagai tarikan   mendidik dan mengubah perspektif masyarakat terhadap seni
        pelancongan. Antaranya adalah seperti hasil kolaborasi yang   mural yang dianggap sebagai aktiviti vandalisme dan seni yang
        ditampilkan di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak,   menjurus ke arah kesan negatif. Sebaliknya mural memberi
        Dewan Bandaraya Kucing Utara (DBKU) dan Electra House Sdn.   manfaat buat masyarakat setempat di dalam memberi nilai tambah
        Bhd dalam projek ‘Mural Interaktif’ di Indian Street, Bandaraya   terhadap lanskap persekitaraan dan bandar. Disamping itu juga
        Kuching.                                              dapat menarik minat orang ramai serta pelancong asing dan
                                                              memberi manfaat ekonomi setempat, selain dapat menonjolkan
        Usahasama ‘Mural Interaktif’ ini diketuai oleh Clement anak Jimel,   identiti dan  budaya tempatan melalui olahan karya  catan mural
        pensyarah Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (AD) UiTM Sarawak   yang mendapat sentuhan artistik dan kreatif dari AD UiTM
        dengan kerjasama dari ahli-ahlinya yang               Sarawak
        juga merupakan pensyarah                              ~ gesturz
        dari fakulti yang sama.  ‘Mural
        Interaktif’ turut melibatkan
        mahasiswa dan mahasiswi
        Fakulti AD yang bukan
        sahaja memberi pengalaman
        kepada mereka dalam
        mempraktikkan pengetahuan
        dan kemahiran di luar
        studio atau bilik kuliah,
        malah bertindak sebagai
        satu platform dalam
        mengetengahkan kreativiti
        mereka sebagai siswa Seni
        Lukis & Seni Reka.

        Bertemakan sosial dan kebudayaan ‘Mural Interaktif’
        memaparkan visual aktiviti busking, perdagangan, dan
        pengangkutan awam selain memaparkan visual Burung
        Kenyalang dan Kucing yang menjadi identiti buat Bumi
        Kenyalang dan Bandaraya Kuching, malahan visual Orang
        Utan diaplikasikan dalam menyampaikan mesej kepada orang
        ramai tentang kepupusan mamalia tersebut dan inisiatif pihak
        kerajaan dalam mewujudkan Pusat Pemuliharaan Orang Utan
        di Sarawak.

                                                                               gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017) | 17
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22