Page 24 - MAG gesturz quicknews VOL.3-(4AUG) latest back cover
P. 24
ART
TOURISM
terus dapat sokongan
Mel , Siti Nurfazeera Ngalwan
SHAH ALAM - GESTURZ Art Tourism telah diperkenalkan oleh Galeri Seni Tuanku
Nur Zahirah (GESTURZ), Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 2016
terus mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelawat-pelawat tempatan
khususnya para pelajar dan pendidik dari institusi pendidikan serta pengajian
tinggi dan juga pelawat antarabangsa.
Melalui program ini, pelbagai
aktiviti telah ditawarkan mengikut
pakej-pakej yang bersesuaian
dengan kategori kumpulan pelawat.
Antara pengisian yang diberikan
adalah seperti taklimat program
akademik berteraskan bidang
industri kreatif dan perkongsian
mengenai prospek kerjaya sementara kumpulan
pelawat dari organisasi korporat diberikan perkongsian mengenai pengurusan
galeri seni bagi tujuan kajian penandaarasan atau kajian organisasi.
Selain berpeluang melihat dengan lebih dekat
karya seni pelukis tersohor tempatan yang
juga alumni Fakulti AD UiTM, peserta turut
diberi penerangan khas menerusi sesi lawatan
berpandu yang diadakan. Kumpulan pelawat atau
peserta yang menyertai GESTURZ Art Tourism
juga berpeluang untuk meninjau suasana dan
persekitaraan kampus disamping dapat melihat
sejarah dan perkembangan universiti yang
dipamerkan di sekitar galeri dan laluan prima
Menara SAAS UiTM Shah Alam.
Kumpulan peserta yang memilih pakej aktiviti
demonstrasi atau bengkel seni boleh merasai
pengalaman menghasilkan batik, tenunan,
sulaman, seramik, lukisan, catan, arca, rekabentuk
produk, fotografi, rekabentuk digital, barang
kemas, cetakan, dan pelbagai lagi. Malah peserta
juga boleh memilih untuk mendapatkan latihan
asas dalam pengurusan acara kesenian dan
pameran ataupun penulisan kuratorial. Aktiviti ini
diselaraskan bersama dengan jabatan – jabatan
akademik berkaitan di Fakulti Seni Lukis & Seni
Reka (AD), UiTM dengan penglibatan bersama
24 | gesturz quicknews edisi 3 (Jan - Jun 2017)