Page 34 - peraturan
P. 34
PENGURUSAN TATATERTIB PELAJAR KOLEJ PROFESIONAL MARA DAN KOLEJ MARA
8. Rayuan ke JRB (Ditamatkan Pengajian Sahaja)
8.1 Jika seseorang pelajar tidak berpuas hati dengan sesuatu
keputusan JRK, ia boleh membuat rayuan secara bertulis terhadap
keputusan itu kepada JRB melalui Pengarah kolej dalam masa
empat belas (14) hari dari tarikh surat keputusan itu diserah.
9. Tindakan Pengerusi JRB
9.1 Pengerusi boleh apabila menerima surat rayuan dan laporan
perbicaraan tatatertib daripada JRK, meminta apa-apa maklumat
atau butiran lanjut yang difikirkan berkaitan dengan perbicaraan
tatatertib itu.
9.2 Jika Pengerusi menolak secara terus rayuan tersebut, keputusan
Pengerusi itu hendaklah disampaikan kepada Pelajar terbabit
melalui Setiausaha JRK.
- 34 -