Page 21 - Buletin i-LEAD Edisi Khas 2020
P. 21

ALUMNI MFLS @ HARI KEBANGSAAN











                                                            Hari Kebangsaan sememangnya tidak lengkap tanpa
                                                            acara perarakan. Ia bukan sekadar satu acara yang tipikal
                                                            bagi  sambutan  kemerdekaan  tetapi  ia  juga  memberi
                                                            makna yang mendalam.

                     PERARAKAN                              Perarakan ini menggambarkan kesatuan, taat setia dan
                                                            kesepaduan rakyat Malaysia dalam mendukung
                     HARI                                   semangat cintakan negara.

                     KEBANGSAAN                             Pada tahun ini, buat julung kalinya Alumni MFLS terlibat
                                                            sama dalam menyertai perbarisan Hari Kebangsaan
                                                            2019.    Ia  merupakan     satu   pengiktirafan  bagi
                                                            peserta-peserta  MFLS  memandangkan  program  ini
                                                            sudah mulai mendapat perhatian umum.

        Selama seminggu, para peserta perarakan Alumni MFLS yang terpilih berkampung di Putrajaya untuk menjayakan
        perarakan ini. Peserta juga turut diraikan oleh YB Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan di satu
        majlis makan malam khas yang diadakan di Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur.

        Apa yang membanggakan, peserta perarakan Alumni MFLS dengan secara sukarelanya bersama-sama membantu
        membersihkan kawasan sekitar acara perarakan. Ia merupakan satu tindakan yang sangat dipuji ramai dan
        menunjukkan bahawa penerapan nilai murni yang diterapkan melalui program MFLS disemai dengan baik oleh
        pesertanya.

















































                                    INSTITUT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPIMPINAN (i-LEAD)   21
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26