Page 5 - WABAK COVID19 INFO GRAPHIC V07,2
P. 5

i-POLL 1/2020

          Rumusan Dapatan




     1    Rata-rata responden mempunyai persepsi yang baik terhadap situasi semasa penularan wabak Covid-19 ini di negara Malaysia.

     2    Memang tidak dapat dinafikan bahawa responden dalam kalangan Post Belia (Dewasa) lebih matang dan berfikiran jauh ke hada-
          pan di dalam memberikan pendapat dan pandangan dalam semua soalan yang diutarakan. Namun, dapatan maklum balas mereka
          tidak di ambil kira sebagai dapatan kaji selidik ini kerana fokus dapatan adalah terdiri dari kelompok Belia sahaja.
     3    Jika dibuat perbandingan dapatan kaji selidik di antara kelompok Belia (Awal, Pertengahan dan Akhir), Belia Akhir dilihat mempunyai

          semangat kenegaraan yang lebih tinggi dalam menghadapi situasi begini.
     4    Majoriti responden bersetuju bahawa keutamaan terhadap kepentingan Negara mengatasi diri sendiri pada ketika musibah penular-

          an virus Covid-19 melanda di negara ini.
     5    Belia Pertengahan dan Akhir dilihat terlalu bimbang akan keselamatan diri dan keluarga mereka ketika negara mengalami penularan

          virus Covid-19 ini berbanding kelompok Belia Awal.
     6    Belia Awal lebih merasakan bahawa masyarakat terlalu membesar-besarkan isu penularan virus Covid-19 ini dan akhirnya menye-
          babkan masyarakat panik berbanding kelompok Belia Pertengahan dan Akhir.

     7    Walau dalam situasi yang menggusarkan, majoriti responden bersetuju di atas kewajaran pelaksanaan langkah-langkah dan
          peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan dalam membendung wabak ini daripada menular.

     8    Majoriti responden bersetuju bahawa setiap kaum di negara ini perlu memastikan agar segala tindakan dan perbuatan mereka tidak
          dijadikan isu perkauman dan sentiasa menghormati agama, budaya dan adat resam yang diamalkan antara satu sama lain di
          sepanjang penularan virus Covid-19 ini.
     9    Belia Awal dilihat lebih sanggup berkorban apa sahaja bagi memastikan penularan virus Covid-19 ini berjaya dibendung berbanding

          kelompok Belia Pertengahan dan Akhir.
   10     Belia Akhir dilihat lebih risau dan bimbang akan prestasi ekonomi negara dan masa hadapan berbanding dengan penularan virus

          Covid-19 di dalam negara ini.
    11    Belia Akhir lebih merasakan bahawa membuat kenyataan berunsurkan negatif dan merendahkan kredibiliti Pemimpin yang boleh
          menjatuhkan imej negara boleh dianggap sebagai pengkhianat negara berbanding kelompok Belia Awal dan Pertengahan.

    12    Belia Awal dilihat lebih rasa bersyukur dengan segala bantuan dan perhatian yang diberikan oleh Kerajaan terhadap rakyat di
          negara ini berbanding kelompok Belia Pertengahan dan Akhir.

    13    Belia Awal dilihat lebih menunjukkan kesanggupan untuk menjadi seorang sukarelawan dalam membantu mana-mana pihak dalam
          menangani penularan virus Covid-19 ini tanpa mengaharapkan apa-apa balasan berbanding kelompok Belia Pertengahan dan Akhir.

   14     Belia Akhir lebih merasakan bahawa Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang dibentangkan oleh Kerajaan menyediakan
          bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh semua lapisan berbanding kelompok Belia Awal dan Pertengahan.
    15    Belia Pertengahan pula lebih merasakan bahawa Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diberikan oleh Kerajaan sangat

          membantu mereka dan keluarga mereka berbanding kelompok Belia Awal dan Akhir.
   16     Dapatan kaji selidik ini telah membuktikan bahawa mereka yang mempunyai penerapan semangat kenegaraan yang tinggi atau

          lama akan menerima dan mengikuti segala peraturan dan langkah pencegahan yang ditetapkan oleh Kerajaan sepanjang Perintah
          Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan dalam situasi semasa Covid-19 ini.

    17    Ini terbukti apabila responden yang berada di kelompok Belia Akhir dan Post Belia (Dewasa) dilihat memberikan dapatan kaji selidik
          yang lebih matang keseluruhannya dan lebih berfikiran positif serta jauh ke hadapan berdasarkan soalan-soalan kaji selidik yang
          dikemukakan. Inilah yang diperkatakan orang dahulu, ‘banyak makan garam’.





                                                            Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD)
             ileadkbsmsia  ileadkbsmsia  ileadkbsmsia www.i-lead.gov.my
   1   2   3   4   5