Page 12 - Photo Background Teen Magazine Cover
P. 12
A P A P U L A
S E B A B
P E N G A R U H
"Family is
B U D A Y A L U A R ? everything "
Faktor Keluarga
Konflik dalam keluarga turut memainkan peranan yang
besar dalam mempengaruhi remaja untuk menjauhi
keluarga serta mencari teman rapat atau pasangan di
luar. Masalah dalam perkahwinan, kewangan, pekerjaan
ibubapa dan ahli keluarga lain adalah antara isu yang
dikenalpasti menjadi konflik dalam keluarga. Kegagalan
ibubapa dan ahli keluarga menangani permasalahan
yang wujud menyebabkan remaja berniat untuk berada
di luar rumah dan melakukan aktiviti yang tidak
sepatutnya.
Selain itu, sikap mengejar kemewahan serta
penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu
bapa dan anak kurang kerana tidak mempunyai masa
atau kesempatan untuk bercakap, berbincang,
berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang
jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja
membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan
pengawasan ibu bapa.
Faktor Rakan Sebaya
Selain keluarga, seseorang remaja itu sangat rapat
dengan rakan sebayanya. Ajakan rakan paling banyak
mempengaruhi seseorang individu itu kerana mereka
mempunyai persamaan dari segi perasaan. Tanpa
berfikir panjang mereka akan terus menerima ajakan
rakan untuk melakukan sesuatu yang bebas serta tanpa
batasan.
08