Page 24 - Buku_Aturcara - retirement - FINAL
P. 24
Ucapan Persaraan
Ucapan Persaraan
HADI IZZAT BIN HELMI, Pengerusi Majlis Ketua Tingkatan
Selamat bersara ayahanda tercinta SMK Tanjong Rambutan. Kehilanganmu memberi seribu makna
yang tidak terungkap di bibir mahupun hati anakanda yang berduka lara. Semoga perpisahan ini
tidak menmberi titik noktah buat picisan-picisan memori yang terindah di bumi SMKTR.
DANARAJ A/L JEGATHISAN, Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya
Kepada Tuan Pengetua yang disayangi. Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih atas
sumbangan & jasa yang dicurahkan kepada kami. Teguran dan nasihat yang Tn. Hj. Berikan kepada
kami akan menjadi panduan dan pedoman kepada kami. Terima kasih di atas segalanya Tn. Haji.
MUHAMMAD SYAFIQ AMMAR BIN SABRUN, Ketua Pengawas Koperasi
Assalamua’laikum Tuan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala bakti tuan di
sekolah ini. Semoga tuan dapat menikmati persaraan tuan sebaiknya. Selamat bersara tuan! Jasa
tuan akan kami ingati.
NURUL KHAIRIAH BINTI ZULKARNAIN, Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Selamat bersara Tuan Haji Gulam Muzammil bin P.K Mohamed. Semoga dikurniakan kesihatan yang
baik dan sentiasa bahagia di dunia dan di akhirat. Terima kasih atas budi baktimu di SMKTR. Jasamu
akan kukenang sehingga ke penghujung nyawaku.
MUHAMMAD ASHRAF DANIEL BIN MOHAMMAD YUSOF, Ketua Pengawas Sekolah
Assalamua’laikum dan selamat sejahtera. Saya amat berbesar hati kerana dapat mewakili semua
pelajar khususnya dalam mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Tuan Pengetua. Saya berharap
semoga Tuan Pengetua sentiasa berada di bawah lindungan yang Maha Esa. Saya mewakili semua
pelajar amat berharap Tuan Pengetua sentiasa gembira berada di samping keluarga tercinta.