Page 4 - FINAL - Buku_Aturcara SMKTR - retirement
P. 4
Seuntai Bicara
YANG BERBAHAGIA DR. MOHD SUHAIMI BIN
MOHAMED ALI
PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Assalamualaikum wbt, dan Salam Sejahtera.
Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya saya diberi kesempatan untuk merakamkan sepatah dua
kata di ruangan ini. Sesungguhnya majlis yang amat bermakna ini adalah manifestasi penghargaan serta
ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala khidmat bakti dan pengorbanan Tuan Haji Gulam
Muzammil Bin P.K Mohamed sepanjang perkhidmatan beliau sebagai warga pendidik.
Saya selaku Pengarah Pendidikan Negeri Perak ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Gulam Muzammil Bin P.K Mohamed di atas segala sumbangan dan
bakti beliau dalam merealisasikan aspirasi JPN Perak selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan
Malaysia. Sesungguhnya, negara kita sangat memerlukan golongan pendidik yang mempunyai iltizam
yang tinggi, kreatif, inovatif dan kritis. Sejajar dengan alaf 21 ini, para guru merupakan tenaga penggerak
yang dominan dalam memastikan aspirasi PAK 21 berjaya direalisasikan.
Saya amat berharap agar semua pihak khususnya guru-guru di SMK Tanjong Rambutan ini
dapat meneruskan usaha gigih dan dinamik bagi meneruskan kesinambungan pelaksanaan program-
program yang telah dirancang bersama-sama Yang Berusaha Tuan Haji Gulam Muzammil meski pun
beliau sudah meninggalkan sekolah ini.
Persaraan membawa pelbagai pengertian dan makna bagi setiap penjawat awam. Pastinya Yang
Berusaha Tuan Haji Gulam Muzammil telah pun membuat perancangan bagi menghadapi alam baharu
yang bakal beliau tempuhi nanti. Walau apa pun jua perancangan tersebut, saya
mendoakan semoga hari-hari persaraan Yang Berusaha Tuan Haji Gulam Muzammil Bin P.K Mohamed
yang kita raikan pada hari ini dilimpahkan segala rahmat dan keberkatanNya. Semoga beliau berada
dalam keadaan sihat lagi sejahtera serta dapat memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga tercinta
yang selama ini terpaksa berkongsi kasih dan perhatian beliau dengan dunia pendidikan selama 36 tahun.
Sekali lagi, saya mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Perak mengucapkan jutaan terima kasih atas
khidmat bakti Tuan Haji selama ini dan selamat bersara.
Sekian, terima kasih.
Wabilahi Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.