Page 13 - MAJALAH KHURAFAT (EDISI TERHAD)
P. 13

Khurafat






      Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk
      penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu
      yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tetapi, manusia tanpa mengira
      akibat membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah
      akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan






























       Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai
       Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri
       bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan
       bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan.
       Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha                Berikut merupakan sedutan filem
       telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat                 Khurafat
       menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang
       perempuan tua misteri ditambah dengan munculnya bekas teman
       wanita Johan bernama Anna yang bersikap pelik dan menakutkan
       menambahkan lagi episod trauma pasangan ini.

       Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama
       Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas
       itu Anna ditemui mati bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncaknya
       perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan
       Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin
       tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah
       terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan
       silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya
       dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi
       .


                                                                                               KHURAFAT   |   11
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18