Page 14 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 14

MANUAL PENGURUSAN 2020

        DARI MEJA PENGETUA

        Bismillahirrahmanirrahim
        Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
        Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya masih diberi kekuatan
        dan kesihatan yang baik untuk kita meneruskan tanggungjawab kita sebagai seorang pendidik.
        Tugas seorang guru tidak pernah selesai. Mengajar dan belajar adalah satu proses berterusan, kita semua
        mempunyai peranan dalam memastikan perancangan dan pembangunan pendidikan dilaksanakan secara
        mampan. Semoga tahun 2020 ini, kita akan lebih bersemangat dan dapat bekerja dalam satu pasukan yang
        utuh bagi melakar lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan dalam semua bidang sama ada kurikulum,
        kokurikulum dan Sahsiah Unggul Murid (SUMUR).
        Saya berharap permuafakatan semua guru akan terus memberi sumbangan bermakna terhadap kelangsungan
        pelaksanaan Transformasi Pendidikan (TS 25) dengan nilai murni dan integriti yang tinggi ke arah sekolah
        berkualiti dan murid yang menjadi. Garapan dan penyatuan semua guru akan menghasilkan sinergi yang
        mampu melunak segala cabaran pendidikan abad ke-21.
        Pencapaian sekolah dan keberhasilan murid akan terus dipertingkatkan. Sasaran kita tahun 2020 ini agar
        memperolehi Gred Purata Sekolah dalam SPM yang lebih baik iaitu dari 5.02 (2018) kepada 4.96 (2020).
        Semoga sasaran ini akan menjadi kenyataan.
        Fokus utama kita adalah kemenjadian murid. Rahsia kemenjadian murid adalah Pentaksiran Bilik Darjah
        (PBD). Pastikan aktiviti dalam bilik darjah benar-benar terjadi. Saya yakin dan percaya semua guru telah
        berusaha dan akan terus berusaha menjalankan tugas dengan amanah dalam satu pasukan yang kuat dan
        padu bagi meningkatkan kecemerlangan SMK Alam Damai.
        Padi pulut bawah jerami
        Bawa nyiru tampi di anjung
        Telapak kaki memijak bumi
        Dongak ke atas langit dijunjung.

        “Jadilah seorang guru yang berkaliber dan menjiwai peranan masing-masing.”

        Norlela AWahid
        Cikgu Norlela binti A Wahid
        Pengetua SMK Alam Damai






















        14 | P a g e
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19