Page 185 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 185

MANUAL PEGURUSAN 2020


           9.1     PANDUAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

           1.  Empat orang guru setiap minggu mengikut giliran yang disediakan.
           2.  Guru yang bertugas hendaklah datang pada atau sebelum 7.10 pagi dan pulang lewat kira-kira 20 minit
              daripada waktu persekolahan.
           3.  Seorang guru yang bertugas mesti menguruskan perhimpunan harian dari awal hingga akhir dengan
              bantuan pengawas dan badan khas yang lain (rujuk jadual bertugas).
           4.  Guru bertugas bertanggungjawab mengawasi murid semasa waktu rehat, sebelum dan selepas waktu
              persekolahan di tempat-tempat berikut.
                      a)  Kantin sekolah
                      b)  Blok akademik, dewan dan pusat sumber
                      c)  Koridor setiap blok bangunan
                      d)  Di pintu masuk utama sekolah

           5.  Guru  yang  bertugas  bertanggungjawab  memastikan  sekolah  ditinggalkan  dalam  keadaan  selamat.
              Tindakan yang perlu diambil:
                      a)  Suis lampu, kipas dan alat pendingin hawa di matikan.
                      b)  Pintu bilik guru dan bilik-bilik kelas dan pusat sumber ditutup dan dikunci.
                      c)  Memastikan semua murid tiada dalam kawasan sekolah selepas 6 petang.

           6.  Guru bertugas bertanggungjawab membuat laporan harian dalam buku-buku berikut :
                      a)  Buku Laporan Guru Bertugas.
                      b)  Borang Penilaian Kebersihan dan Keceriaan.
                      c)  Buku Perhimpunan Harian / Mingguan.

           7.  Guru bertugas bertanggungjawab terhadap murid dalam urusan berkenaan :
                      a)  Murid sakit - maklumkan kepada ibu bapa/ penjaga berdaftar.
                      b)  Murid balik - balik bersama-sama ibu bapa/ penjaga berdaftar.
                      c)  Murid kemalangan  –  maklumkan kepada ibu  bapa/ penjaga berdaftar (hantar ke klinik/
                         hospital jika perlu dengan kebenaran ibubapa dan  pihak pentadbir sekolah.)

           8.  Guru bertugas bertanggungjawab memantau kebersihan kelas, blok, dan kawasan sekolah sepanjang
              minggu  dan  mencatat  pada  borang  penilaian  dalam  melaporkan  tahap  kebersihan  pada  majlis
              perhimpunan mingguan berikutnya.

           9.  Semua guru bertugas mesti bersama-sama bertanggungjawab terhadap amanah dan tugas yang diberi
              dan melaksanakan dengan penuh dedikasi.











           177 | P a g e
   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190