Page 73 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 73
MANUAL PENGURUSAN 2020
4.0 KURIKULUM
Penyataan Dasar
4.1 Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum
yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkat nilai moral yang
diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
4.2 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem
dan dasar pendidikan kebangsaan khususnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 – 2025.
4.3 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan
Malaysia dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
4.4 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum
semasa.
4.5 Pada setiap masa, program akademik mestilah diutamakan. Hal ini bermakna sekiranya
program akademik bertembung dengan program lain, laluan mestilah diberikan kepada
program akademik.
5.0 JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
Penyataan Dasar
5.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat
kali setahun bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan, masalah dan isu kurikulum di
sekolah.
5.2 Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur dan pekeliling yang ditetapkan.
5.3 Setiausaha Jawatankuasa dilantik daripada kalangan Guru Kanan Mata pelajaran.
5.4 Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat wajib dilaksanakan.
5.5 Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya di
dalam mesyuarat panitia dan maklum balas yang sewajarnya mestilah disampaikan
kepada setiausaha Jawatankuasa.
5.6 Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap
pelaksanaan kurikulum di dalam semua mata pelajaran dan Guru Kanan Mata pelajaran
beserta Ketua-Ketua panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
72 | P a g e