Page 2 - bps 2020
P. 2
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT DAMANSARA
Jalan Beringin, 50490 Kuala Lumpur.
Tel : 03-20948350
Fax : 03-20962092
Email: skbd@gmail.com
http://www.skbd.edu.my
Ruj.Kami : WBA.0037.100-2/1(1/20)
Tarikh : 30 Disember 2019
Kepada,
Semua Guru & Kakitangan,
Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara,
Kuala Lumpur.
Tuan / Puan,
SENARAI TUGAS / TAKWIM 2020
Sukacitanya dengan ini diedarkan Senarai Tugas dan Takwim bagi sesi persekolahan 2020.
2. Dengan segala hormatnya, semua guru telah dilantik dengan rasminya untuk menjalankan
tugas-tugas dan tanggungjawab seperti yang tercatat dalam dokumen ini.
3. Saya berharap agar dokumen dan maklumat ini dijadikan panduan dalam menjalankan
tugas supaya segala yang dirancang dan didokumentasikan akan terlaksana dengan jayanya.
4. Sehubungan dengan itu, semua guru mesti memberikan kerjasama dan komitmen tinggi
berpandukan Misi dan Visi Sekolah Berprestasi Tinggi sebagai institusi yang gemilang, berdaya
saing, efektif dan terbilang dalam pengurusan pentadbiran, kurikulum, sahsiah dan kokurikulum selaras
dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahirkan modal insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
Sekian, terima kasih.
“SELAMAT MENJALANKAN TUGAS”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
…………………………………
( PN LAILI BT SAIDON )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara,
Kuala Lumpur.