Page 55 - Buku Pengurusan SK Guar Perahu 2019_Neat
P. 55
PENGURUSAN & TAKWIM 2019
III. BIDANG TUGAS KETUA PANITIA MATA PELAJARAN
1. Mempengerusi mesyuarat panitia.
2. Menyelaras rancangan pelajaran.
3. Menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
4. Menjadi Ahli Jawatankuasa Jadual Waktu.
5. Menjadi penyelaras antara panitia dalam dan antara jabatan.
6. Memperbaiki dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran panitia.
7. Merancang, melaksana dan menyelia program kecemerlangan dan pemulihan panitia.
8. Memaklumkan, mendapatkan persetujuan dan menyelesaikan masalah kurikulum dan
pengajaran kepada Guru Besar dan sebaliknya.
9. Menyampaikan laporan prestasi mata pelajaran kepada Guru Besar, Setiausaha dan
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Laporan itu hendaklah mengandungi:
9.1 Laporan analisis mata pelajaran.
9.2 Analisis pencapaian mata pelajaran di dalam sesuatu peperiksaan.
9.3 Melantik seorang guru di dalam sesuatu panitia sebagai penyelaras di dalam sesuatu
darjah. Guru itu bertanggungjawab kepada Ketua Panitia bagi menguruskan dan
menyelaraskan hal-hal yang berkaitan di dalam sesuatu darjah.
10. Mengajar mata pelajaran mengikut jumlah waktu dan kelas yang ditetapkan.
11. Menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat.
IV. BIDANG TUGAS SETIAUSAHA PANITIA MATA PELAJARAN
1. Menyediakan :
- notis mesyuarat dan mengedarkannya
- tempat mesyuarat
- peralatan yang diperlukan
- agenda mesyuarat
2. Mencatat, menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat.
3. Mengendalikan surat menyurat.
4. Melaksanakan tugas mengikut arahan Ketua Panitia.
V. TUGAS PENYELARAS ALIRAN
1. Membantu Ketua Panitia merancang dan menyusun program untuk darjah.
2. Menyediakan laporan analisis keputusan peperiksaan mengikut darjah.
VI. TUGAS GURU MATA PELAJARAN
1. Menjadi ahli panitia.
2. Menyediakan rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian.
3. Memberi gerak kerja bertulis kepada murid.
4. Menyemak nota, latihan dan kertas jawapan.
5. Peka dengan sukatan pelajaran dan kepelbagaian kaedah pengajaran.
6. Berinisiatif untuk meningkatkan kemajuan akademik murid.
7. Menyediakan JSI, soalan dan skema peperiksaan.
8. Menganalisis data pencapaian kelas yang diajar bagi membuat tindak susul dan
peningkatan pengajaran dan pembelajaran
9. Menghadiri kursus anjuran KPM, JPN, PPD dan sekolah.
10. Bekerjasama dengan panitia merancang, menyusun dan melaksanakan program panitia,
sekolah, PPD, JPN dan KPM.
53