Page 79 - Buku Pengurusan SK Guar Perahu 2019_Neat
P. 79
PENGURUSAN & TAKWIM 2019
GARIS PANDUAN LAWATAN MURID
1) Pastikan borang lawatan mengikut format yang ditetapkan. Sila gunakan borang
lawatan yang dibekalkan oleh JPN.
2) Pihak sekolah tidak dibenarkan mengubahsuai borang lawatan yang sedia ada.
3) Setiap borang perlu diisi lengkap.
4) Salinan borang perlu disediakan mengikut negeri (ikut garis panduan).
5) Setiap borang perlu ditandatangani asli oleh Guru Besar/ Pengetua.
6) Senarai semak borang pelancongan perlu disertakan bersama borang pelancongan.
7) Borang permohonan dalam Pulau Pinang hendaklah sampai ke JPN sekurang-
kurangnya 14 hari bekerja sahaja sebelum tarikh lawatan.
8) Borang permohonan luar Pulau Pinang hendaklah sampai ke JPN sekurang-kurangnya
5 minggu sebelum tarikh lawatan.
9) Tempoh 5 minggu dan 2 minggu dikira dari tarikh borang sampai ke JPN dan bukan
dikira dari tarikh permohonan lawatan.
10) Permohonan lewat tidak akan diterima dan akan ditolak.
11) Pastikan nisbah guru pengiring 1:10 orang pelajar.
12) Sertakan kertas kerja, senarai nama guru dan murid serta tentatif lawatan bagi setiap
borang mengikut negeri.
13) Semak kembali bahagian kutipan dan perbelanjaan, kedua-dua bahagian mestilah
seimbang (kutipan = perbelanjaan).
14) Sebarang perubahan bilangan pelajar, pindaan tarikh dan tempat lawatan tidak
dibenarkan dan perlu membuat permohonan baru ke JPN mengikut peraturan yang
sedia ada.
15) Borang Laporan Lawatan Murid perlu diisi dan dihantar ke JPN selepas mengikuti
lawatan.
16) Lawatan pada hari persekolahan hanya dibenarkan 2 kali setahun bagi setiap sekolah.
Permohonan kali ketiga akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan. Pihak sekolah
dinasihatkan supaya merancang pada awal tahun bagi mengelakkan permohonan
ditolak. Tempoh lawatan pada hari persekolahan adalah maksimum 4 hari termasuk hari
perjalanan.
17) Diingatkan lawatan pada hari persekolahan juga terikat dengan MMI (Mematuhi Masa
Instruksional). Semua permohonan hari persekolahan mestilah disertakan :-
a. Surat pelepasan daripada Guru Besar / Pengetua.
b. Hanya maksimum 8 guru dan 80 murid dibenarkan keluar pada hari persekolahan.
18) Perjalanan pada waktu malam adalah tidak digalakkan. Sekurang-kurangnya bertolak
6 pagi ke atas dan sampai di sekolah sebelum @ pada 10 malam.
19) Garis panduan ini digunapakai untuk semua jenis sekolah.
20) Lawatan atau program pengantarabangsaan, pihak sekolah perlu memohon terus ke
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian untuk kelulusan.
21) Hanya lawatan sambil belajar sahaja perlu dihantar ke Unit Perhubungan. Aktiviti yang
melibatkan perkhemahan, bengkel, pertandingan perlu dihantar ke Unit Kokurikulum.
77