Page 31 - PERTUBUHAN PEMBANGUNAN USAHAWAN INDUCTRI KECIL SEDERHANA (IKS) MALAYSIA
P. 31

• Pengerusi


                                     YAYASAN PENERAJU USAHAWAN

                                      BUMIPUTERA MALAYSIA.


                                      Salah satu strategi utama untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera adalah
                                      menerusi perniagaan dan keusahawanan. Oleh yang demikian, kita harus

                                      berusaha untuk menggalakkan penglibatan generasi muda Bumiputera dalam
                                      bidang perniagaan dan keusahawanan. Hanya menerusi aktiviti perniagaan dan
                                      keusahawanan, golongan Bumiputera dapat menjana pendapatan mereka

                                      sebanyak yang mungkin dan seterusnya membina kekayaan (wealth creation).
                                      Dengan        kekayaaan        tersebut,      maka       masyarakat        Bumiputera         dapat

                                      mempertingkat dan memperkukuhkan lagi ekonomi mereka.


                                      Disamping itu, masyarakat perniagaan dan usahawan Bumiputera haruslah

                                      berupaya untuk mengekalkan kekayaan mereka (wealth retention) dengan
                                      menjadi peniaga dan usahawan yang progresif, berdaya saing dan berdaya

                                      tahan.


                                      Usaha-usaha untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera adalah merupakan

                                      satu perjuangan. Saya mencipta cogan kata ini yang akan dijadikan semangat
                                      perjuangan kita bersama iaitu:



                                         Memperkasa Minda, Memperkukuh Ekonomi,

                                                                  Memartabat bangsa.”
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36