Page 4 - MANUAL EKSA PTJPM
P. 4
PRAKATA
Assalamualaikum wbt.
Salam EKSA.
Syukur ke hadrat Ilahi, atas limpah rahmat dan kurnia-Nya, Pejabat Tanah dan Jajahan
Pasir Mas (PTJPM) telah berjaya menerbitkan Manual Pelaksanaan Ekosistem Kondusif
Sektor Awam (EKSA). Seiring dengan langkah-langkah transformasi perkhidmatan awam
bagi meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan, terdapat usaha-usaha untuk
memantapkan pengurusan pejabat melalui program EKSA.
EKSA merupakan istilah baharu bagi program QE 5S yang telah disuntik dengan elemen
pembaharuan dan penambahbaikan serta disuburkan dengan penjenamaan semula
program ini, selari dengan perubahan dan kehendak semasa. Amalan EKSA dapat
membantu warga Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas (PTJPM) bekerja dalam
persekitaran kerja yang kondusif dan selesa.
Manual ini merupakan panduan bagi melaksanakan aktiviti ke arah mewujudkan
persekitaran kerja yang kemas, bersih dan tersusun. Amalan EKSA ini juga akan
meningkatkan tahap pengurusan dan penyelenggaraan pejabat ke arah yang lebih baik di
samping dapat mengurangkan pembaziran. Komitmen dan penglibatan semua warga
PTJPM dalam melaksanakan Amalan EKSA ini merupakan asas kepada peningkatan kualiti
dan produktiviti jabatan. Amalan ini membentuk disiplin diri yang baik, semangat kerja
berpasukan PTJPM di samping mewujudkan rasa selesa terhadap persekitaran tempatkerja.
Sesungguhnya pengurusan persekitaran kerja merupakan satu mekanisma pengurusan
kawalan kualiti yang terbukti keberkesanannya dalam mewujudkan suasana persekitaran
yang kondusif, selamat dan membantu dalam penghasilan output yang lebih cekap dalam
sesebuah organisasi.
Akhir kalam, besarlah harapan saya agar manual Pelaksanaan EKSA yang
didokumentasikan ini dapat membantu warga PTJPM dalam mewujudkan persekitaran kerja
yang lebih kondusif dan produktif.
MOHAMED NOR BIN HUSIN
Ketua Jahahan Pasir Mas
Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas
EKSA PTJPM Page 4