Page 5 - MANUAL EKSA PTJPM
P. 5
MANUAL
PELAKSANAAN EKSA (5S)
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM
TUJUAN
Tujuan Manual ini disediakan bagi memberi panduan kepada warga Pejabat Tanah Dan
Jajahan Pasir Mas dalam melaksanakan EKSA 5S (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) bagi
menghasilkan persekitaran kerja yang bersih, kemas dan kondusif. Manual ini adalah
sebagai piawaian tindakan kebersihan, kekemasan dan keselamatan secara minima sahaja
namun pemakaiannya adalah tertakluk kepada kesesuaian di peringkat zon.
LATARBELAKANG
EKSA 5S telah diamalkan di sektor kerajaan untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja
yang selesa, kemas dan selamat. Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang
berkualiti secara sistematik dan praktikal, dan dengan itu mengurangkan pembaziran dari
segi masa, ruang dan sebagainya, justeru menjimatkan kos operasi.
KONSEP 5S
5S merupakan istilah asal dalam Bahasa Jepun, yang jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris akan membawa maksud seperti yang dinyatakan di dalam jadual di
bawah:
Bahasa Bahasa Bahasa Maksud Contoh
Jepun Malaysia Inggeris
Seiri Sisih Sort Menyisih barang-barang yang tidak perlu. Membuang
Mengasingkan dan melupuskan barang-barang yang sampah
tidak diperlukan di tempat kerja secara sistematik
Seiton Susun Set in Kekemasan: Menyusun barang-barang yang Mencapai
Order diperlukan secara kemas dan sistematik supaya dokumen dalam
mudah diambil dan dikembalikan di tempat asal tempoh 30 saat.
selepas digunakan.
EKSA PTJPM Page 5