Page 4 - MANUAL EKSA PTJPM OK mod_Neat
P. 4

PRAKATA










               Assalamualaikum wbt.

               Salam EKSA.

               Syukur  ke  hadrat  Ilahi,  atas  limpah  rahmat  dan  kurnia-Nya,  Pejabat  Tanah  dan  Jajahan
               Pasir  Mas  (PTJPM)  telah  berjaya  menerbitkan  Manual  Pelaksanaan  Ekosistem  Kondusif
               Sektor  Awam  (EKSA).  Seiring  dengan  langkah-langkah  transformasi  perkhidmatan  awam
               bagi  meningkatkan  tahap  penyampaian  perkhidmatan,  terdapat  usaha-usaha  untuk
               memantapkan pengurusan pejabat melalui program EKSA.

               EKSA merupakan istilah baharu bagi program QE 5S yang telah disuntik dengan elemen
               pembaharuan  dan  penambahbaikan  serta  disuburkan  dengan  penjenamaan    semula
               program  ini,  selari  dengan  perubahan  dan  kehendak  semasa.  Amalan  EKSA  dapat
               membantu  warga  Pejabat  Tanah  dan  Jajahan  Pasir  Mas  (PTJPM)  bekerja  dalam
               persekitaran kerja yang kondusif dan selesa.

               Manual  ini  merupakan  panduan  bagi  melaksanakan  aktiviti  ke  arah  mewujudkan
               persekitaran  kerja  yang  kemas,  bersih  dan  tersusun.  Amalan  EKSA  ini  juga  akan
               meningkatkan tahap pengurusan dan penyelenggaraan pejabat ke arah yang lebih baik di
               samping  dapat  mengurangkan  pembaziran.  Komitmen  dan  penglibatan  semua  warga
               PTJPM dalam melaksanakan Amalan EKSA ini merupakan asas kepada peningkatan kualiti
               dan  produktiviti  jabatan.  Amalan  ini  membentuk  disiplin  diri  yang  baik,  semangat  kerja
               berpasukan PTJPM di samping mewujudkan rasa selesa terhadap persekitaran tempatkerja.

               Sesungguhnya  pengurusan  persekitaran  kerja  merupakan  satu  mekanisma  pengurusan
               kawalan  kualiti  yang  terbukti  keberkesanannya  dalam  mewujudkan  suasana  persekitaran
               yang kondusif, selamat dan membantu dalam penghasilan output yang lebih cekap dalam
               sesebuah organisasi.

               Akhir  kalam,  besarlah  harapan  saya  agar  manual  Pelaksanaan  EKSA  yang
               didokumentasikan ini dapat membantu warga PTJPM dalam mewujudkan persekitaran kerja
               yang lebih kondusif dan produktif.



               MOHAMED NOR BIN HUSIN
               Ketua Jahahan Pasir Mas
               Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas









               EKSA PTJPM                                                                          Page 4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9