Page 111 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 111

80   PENGURUSAN KOKURIKULUM

                                                 WAKTU DAN TEMPAT
                                                AKTIVITI KOKURIKULUM

                                                   SMK CHANIS 2019


                   HARI          :  RABU (Kelab & Uniform)           PETANG RABU (Sukan)
                   MASA          :  1.30 – 2.30 ptg                  5.00 – 6.30 PETANG


                   Kaedah Pelaksanaan


                   1.     Dijalankan pada setiap Hari Rabu bermula jam 1.30 hingga 2.40 ptg.

                   2.     Aktiviti  Unit  Kokurikulum  akan  dijalankan  berselang  minggu  antara  Kelab  &
                          Persatuan dan Badan Beruniform serta Sukan dan Permainan

                   3.     Jumlah bilangan kali perjumpaan adalah seperti berikut

                          Kelab dan Persatuan  :  12 Kali (1 jam setiap perjumpaan)
                          Badan Beruniform      :  18 Kali (1 jam setiap perjumpaan)
                          Sukan dan Permainan :   Minima 2 Kali Sebulan (1.5 jam setiap perjumpaan)

                   4.     Setiap perjumpaan unit kokurikulum yang dibatalkan mestilah diganti semula

                   5.     Namun  begitu  bagi  Unit  Kokurikulum  Sukan  dan  Permainan  akan  dijalankan
                          secara komprehensif bagi menjayakan Dasar 1 Murid 1 Sukan oleh Kementerian
                          Pelajaran Malaysia. Aktiviti Sukan dan Permainan akan dijalankan Setiap Minggu
                          1 & 3 & 5 pada waktu petang atau 2 kali bagi setiap bulan seperti yang tercatat
                          pada jadual. Walau bagaimanapun, sekiranya aktiviti Sukan dan Permainan telah
                          dijalankan pada waktu pagi pada Hari Rabu maka ia tidak akan dijalankan pada
                          waktu petang pada minggu tersebut.

                   6.     Jadual aktiviti unit kokurikulum adalah dibuat mengikut perancangan semasa. Ia
                          sentiasa tertakluk kepada sebarang perubahan terkini.

                   7.     Bagi memastikan aktiviti kokurikulum ini berjaya, tanggungjawab dan komitmen
                          yang tinggi daripada guru-guru adalah sangat-sangat diharapkan.

                   8.     Setiap  guru  penasihat  mestilah  menyediakan  laporan  bagi  setiap  aktiviti
                          kokurikulum yang dijalankan oleh mereka.

                   9.     Guru Penyelaras setiap Unit Kokurikulum akan membuat laporan keseluruhan bagi
                          aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada hari tersebut. Laporan tersebut mestilah
                          diserahkan kepada GPK Kokurikulum untuk tindakan selanjutnya.

                                                   UNIT BERUNIFORM

                 BIL       NAMA BADAN BERUNIFORM                   TEMPAT               CATATAN

                  1             Pasukan Kadet Polis                 Kantin
                  2            Kadet Remaja Sekolah             Bilik Pengawas     Lain-lain tempat yang
                                                                     Surau        bersesuaian mengikut
                  3       Pergerakan Puteri Islam Malaysia
                                                                  Perempuan               aktiviti
                  4       Persekutuan Pengakap Malaysia          Surau Lelaki
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116