Page 279 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 279

DATA PERNYATAAN
                       Halaman ini memaparkan semua tafsiran Tahap Penguasaan Keseluruhan

                   bagi semua mata pelajaran yang berkaitan untuk panduan guru.
                   GRAF PELAPORAN

                       Memaparkan  graf  analisis  kepadaTahap  Penguasaan  Keseluruhan  bagi

                   semua  murid  dalam  kelas  berkenaan.  Tujuan  analisis  adalah  untuk  melihat
                   secara  keseluruhan  tahap  perkembangan  pembelajaran  murid  bagi  sesuatu

                   kelas.

                   B.  CIRI-CIRI TEMPLAT

                       Templat  Pelaporan  Gabungan  2018  memberikan  ciri-ciri  tambahan  yang

                   baru untuk memudahkan guru merekodkan dan menguruskan pelaporan Tahap
                   Penguasaan Keseluruhan murid bagi sesuatu kelas.

                       a.  Penentuan Mata Pelajaran : Guru Kelas boleh menentukan sendiri aturan
                          mata pelajaran yang terlibat bagi kelas masing-masing tanpa melibatkan

                          mata pelajaran lain yang tidak berkaitan. Senarai mata pelajaran telah

                          disediakan untuk pilhan serta memberikan petunjuk jika mata pelajaran
                          yang sama telah dipilih (warna merah).

                       b.  Lajur dan Baris : Lajur (column) dan baris (row) yang boleh disesuaikan
                          dengan keperluan guru iaitu boleh ditutup (hide) dan saiz kelebaran serta

                          ketinggian juga boleh diubah.

                       c.  Format Sel : Format sel juga boleh diubah jika perlu seperti saiz, jenis
                          dan warna tulisan (font) mengikut keperluan jika ada. Antara keperluan

                          lain  kepada  ciri-ciri  ini  adalah  untuk  pengurusan  cetakan  yang  lebih
                          mesra pengguna.


                   C.  PENUTUP

                       Templat  Pelaporan  Gabungan  2018  ini  boleh  digunakan  kepada  semua

                   kelas  dan  tingkatan.  Guru  Kelas  perlu  memastikan  templat  yang  digunakan
                   adalah mengikut Tahun/Tingkatan yang betul kerana setiap Tahun/Tingkatan

                   akan memberikan tafsiran Tahap Penguasaan yang berbeza bagi sesetengah
                   mata pelajaran mengikut DSKP masing-masing.
   274   275   276   277   278   279   280   281   282   283   284