Page 364 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 364

22    PENGURUSAN KOKURIKULUM

                  GARIS PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM 2018


               1.      TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

                      1.1     Merancang, menyelaras, menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah.
                      1.2     Merancang belanjawan kokurikulum sepanjang tahun.

                      1.3     Menyediakan perancangan PKKP kokurikulum peringkat sekolah
                      1.4     Menyediakan takwim dan jadual aktiviti kokurikulum yang selaras dengan
                              aktiviti MSSM

                      1.5     Membantu pengetua mengagih tugas guru dalam kokurikulum
                      1.6     Merancang,menyelaras dan menyelia upacara-upacara sekolah

                      1.7     Memastikan penyertaan pelajar dalam aktiviti sekolah secara aktif.
                      1.8     Mengurus dan mengambil langkah keselamatan kepada guru dan pelajar

                      1.9     Mengurus dan mencadangkan kursus kepada guru dan pelajar yang
                              berhubung dengan aktiviti kokurikulum
                      1.10    Menyediakan peraturan/garis panduan dalam sebarang aktiviti kokurikulum

                      1.11    Menyemak laporan aktiviti kokurikulum sekolah dan luar sekolah untuk
                              edaran rujukan dan rekod.
                      1.12    Sentiasa berbincang dengan pengetua, penolong kanan Pentadbiran dan
                              HEM untuk kepentingan kokurikulum sekolah

                      1.13    Merangka program latihan untuk staf baru dalam aktiviti kokurikulum.
                      1.14    Memantau penyelarasan proses penubuhan kelab dan persatuan sebagai
                              mana mengikut Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
                              (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42,
                              No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A) : P.U.(A) 196 bertarikh 21hb. Mei
                              1998.
                      1.15    Bertanggungjawab mengenai lawatan anjuran sekolah dengan mematuhi
                              Peraturan (Melancong) Sekolah 1957.

                      1.16    Menyelaras pengagihan murid mengikut aktiviti dalam kegiatan kokurikulum
                              untuk meningkatkan tahap pencapaian.

                      1.17    Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.
                      1.18    Memastikan rekod dan data kokurikulum dilengkapkan dan dihantar satu
                              salinan ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri.

                      1.19    Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan pelajar dalam bidang
                              kokurikulum.
                      1.20    Mengenalpasti guru dan pelajar yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum
                              dan menyusun serta merancang latihan untuk mereka.

                      1.21    Menyelaras tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad bagi kes-kes kemalangan
                              yang layak dituntut.
   359   360   361   362   363   364   365   366   367   368   369