Page 4 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 4
Kata Alu-Aluan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.
Saya merakamkan ucapan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga SMK
Chanis kerana tanpa sokongan daripada kalian semua
mana mungkin SMK Chanis boleh berdiri Megah dan
memanifestasikan adiwangsa yang jitu dan utuh.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
dan kurnia Innayah-Nya dapatlah kiranya kita menyiapkan
Buku Pengurusan alma mater bagi tahun 2019. Walhasil
Buku Pengurusan ini bermatlamatkan untuk merealisasikan Visi dan Misi SMK Chanis dan
mentarbiahkan kepada semua warga sekolah seyogianya warga pendidik untuk turut serta
bangkit bersama-sama pihak pentadbir bersinergi untuk menggali maslahat dan menunjukkan
keberhasilannya.
Siang bagai hari, terang bagai bulan, begitulah SMK Chanis yang sentiasa bersama-sama
melangkah ke hadapan seiring dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang komprehensif bukan hanya
mengandungi pernyataan dasar tetapi juga berpaksikan kepada pelan pelaksanaan. Kami
warga SMK Chanis akan bersama-sama KPM untuk memberi tumpuan kepada kemenjadian
murid dan sewajarnya menjadi agenda utama. Namun untuk memastikan kemenjadian murid itu
satu realiti, KPM telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS pada
dasarnya menjadi satu mekanisme pentaksiran holistik yang diharapkan mengubah tumpuan
kepada kemenjadian murid, pertumbuhan murid dan bukan kepada peperiksaan. Sudah tiba
masanya pihak sekolah membuat perubahan dalam mentaksir murid-muridnya seiring dengan
kehendak KPM. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah mula diperkenalkan di sekolah-sekolah pada
tahun 2011 sebagai satu usaha untuk membebaskan Sistem Penilaian Negara Malaysia yang
berorientasikan peperiksaan. PBD merupakan instrumen yang boleh digunakan untuk mengukur
amalan, nilai dan kerohanian yang dipupuk dalam proses pembelajaran. SMK Chanis sentiasa
cakna kehendak KPM kerana kami sentiasa mempunyai akauntabiliti kepada pelajar-pelajar
kami.
Sukacita saya merakamkan segunung penghargaan dan tahniah kepada semua pihak
atas alpukah yang gigih dan akauntabiliti dalam menghasilkan Buku Pengurusan sekolah bagi
tahun 2019 yang begitu keheterogenan dan bakal digunakan sebagai panduan untuk
melaksanakan keseluruhan program yang telah dirancang. Bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat, jelaslah di sini bahawa SMK chanis tidak akan berdiri kukuh seperti hari
ini sekiranya tidak ada kerjasama dan sikap berganding bahu dalam melahirkan modal insan
kelas pertama. Oleh itu, marilah kita bersama-sama duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dalam memajukan SMK Chanis.
Sekian, terima kasih.
HAMZAH BIN ABD HAMID
PENGETUA
SMK CHANIS