Page 85 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 85

54    PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

                                                     PENDAHULUAN

                       Hal  Ehwal  Murid  sekolah  ini  mempunyai  tekad  dan  komitmen  terhadap  prestasi  pelajar

               khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka. Atas dasar inilah matlamat dan
               objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan, keselamatan dan akhlak serta disiplin pelajar
               sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada bangsa,
               agama dan negara.


                       Kejayaan  cemerlang  sesebuah  sekolah  banyak  bergantung  kepada  bagaimana  sekolah
               menguruskan  hal-hal  berkaitan  disiplin,  sahsiah  dan  komitmen  pelajar-pelajarnya.  Oleh  itu,  pihak
               sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan oleh unit HEM untuk
               mempastikan matlamat sekolah tercapai. Kerjasama yang erat antara semua guru dan pelajar mampu
               merealisasikan wawasan SMK Chanis.

                                                       MATLAMAT


                       Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah pelajar supaya berfungsi sebagai individu
               yang  seimbang,  berdikari,  berpengetahuan,  berkemahiran  dan  berfikiran  kreatif.  Malahan  akan
               memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksimum, juga menyuburkan kualiti kepimpinan.

                                                        OBJEKTIF


                          Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid
                          Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan
                          pelajar di peringkat sekolah mahupun setelah tamat persekolahan
                          Menyediakan dan memupuk pelajar yang bersahsiah dan berketrampilan
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90