Page 24 - Efolio kumpulan 6
P. 24
KESIMPULAN
Secara konklusinya ,pengunaan kaedah fiqah dalam
sains teknologi dan kejuruteraan merupakan
sesuatu yang perlu diambil kira oleh setiap saintis,
teknorat dan jurutera. Pengaplikasian sains dan
teknologi serta kejuruteraan oleh manusia perlu
dilihat terlebih dahulu kesan langsung dan
sampingan ketika pelaksanaan. Pemakaian kaedah
fiqah dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan
juga haruslah didasari dengan kefahaman yang
mendalam mengenai sesuatu kaedah yang akan
diguna pakai. Hal ini perlu bagi memastikan segala
kajian dan tindakan yang dilakukan menepati
kehendak syarak dan tidak bertentangan dengan
tujuan utama syariat, iaitu untuk memelihara
agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta serta
kemaslahatan lain.
| 2 3