Page 53 - QuickFact_Neat
P. 53

Kod                Sinopsis
                 PJM3182            Kursus ini meliputi konsep asas kecederaan dalam sukan; prinsip asas pertolongan cemas; sukan, perubatan sukan dan
                                    jurulatih sukan; pencegahan kecederaan dalam sukan; pendekatan rawatan kecederaan; saluran pernafasan dan resusitasi
                                    kardiopulmonari;  asma  dan  serangan  jantung;  kecederaan  kulit;  pendarahan  terbuka;  terdedah  kepada  haba  yang
                                    melampau;  pengsan;  mengangkat  dan  membawa  pesakit;  prinsip  menguruskan  kecederaan  patah;  kecederaan  tisu
                                    lembut; kecederaan bahagian tangan, badan, kaki, kepala dan mata; kemudahan dan peralatan pertolongan cemas dan
                                    bilik rawatan kecederaan.

                 AMALAN PROFESIONAL
                 INT3012            Internship merupakan peringkat transisi profesional yang bertujuan mengaitkan pengalaman dalam amalan profesional
                                    pelajar  dengan  tugas  guru  permulaan.  Pelajar  merancang,  melaksana  dan  menilai  aktiviti  yang  berkaitan  dengan
                                    pengajaran pembelajaran di luar bilik darjah dan aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi budaya sekolah. Pada peringkat
                                    ini, pelajar juga perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan seliaan guru
                                    pembimbing. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri,
                                    membentuk sifat kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah pembentukan guru permulaan
                                    yang berkesan.

































               PISMP JUN-NOV 2017
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58