Page 22 - QFacts2017
P. 22
Kod Sinopsis
ELEKTIF TERBUKA
GHSS3013 Kursus ini meliputi matlamat, objektif, rasional, komponen-komponen, isu-isu, program, rehat, rekreasi dan kesenggangan,
pengurusan diri dan teknologi dalam gaya hidup sihat.
KUWS3103 Kursus ini merangkumi konsep-konsep penting dalam keusahawanan; pengenalan kepada keusahawanan; ciri-ciri
usahawan; pemilihan idea dan peluang perniagaan; persekitaran perniagaan; memulakan perniagaan dan rancangan
perniagaan.
FKIK3013 Kursus ini memfokuskan kepada fiqh kekeluargaan Islam meliputi asas-asas pembinaan insan, perkahwinan, pembubaran
perkahwinan, pengurusan masalah dalam keluarga dan prosedur yang berkaitan perkahwinan dan penceraian di Malaysia.
STDK3013 Kursus ini memberi tumpuan kepada konsep; elemen dan prinsip utama; jenis-jenis kegiatan; alat; bahan serta teknik
dalam karya seni tiga dimensi. Aktiviti amali melibatkan pelajar untuk membuat pertimbangan dan pengamatan asas;
menjalani proses kreativiti dan artistic; melaksanakan sesi apresiasi dan menyediakan portfolio dalam penghasilan jenis
bidang kegiatan seni tiga dimensi.
STMK3103 Kursus ini membincangkan tentang pengenalan seni tari asli Malaysia; tarian etnik Melayu, etnik Sabah dan etnik Sarawak;
pengenalan gerak tarian etnik Sarawak; variasi kepelbagaian pergerakan tarian etnik Sarawak; pengenalan tarian etnik
Sabah; variasi kepelbagaian pergerakan tarian; Koreografi dan persembahan Tarian.
FTGK3103 Kursus ini merangkumi pengenalan kepada fotografi, kamera, filem dan media digital, aperture, shutter speed, komposisi,
post processing, mencetak dan persembahan, dan fotografi dalam studio.
KJSS3013 Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan dan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peranan dan prinsip asas
kejurulatihan sukan. Kursus ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri,
ketahanan diri, memberntuk sifat kepimpinan serta memupuk nilai profesionalisma kejurulatihan ke arah pembentukan
jurulatih permulaan yang berkesan. Pelajar akan mempelajari teknik-teknik yang menjadi garis panduan proses
kejurulatihan yang boleh digunakan secara individu, berkumpulan atau organisasi. Pelajar juga akan menggunakan
kemahiran dan mempraktikan kompetensi kejurulatihan asas melalui main peranan, latihan dan kerja kursus.
PISMP JUN-NOV 2017