Page 29 - QFacts2017
P. 29
Kod Sinopsis
orientasi kurikulum sekolah rendah, asas pertolongan cemas dan kawad kaki. Pada akhir kursus pelajar dinilai melalui amali
Perkhemahan Unit Beruniform.
ASAS PENDIDIKAN
EDUP3043 Kursus ini merangkumi pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid sekolah rendah; peranan guru dalam mengurus
bilik darjah aliran perdana dan inklusif; membina hubungan yang positif dalam bilik darjah; model-model pengurusan
disiplin; pengurusan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah; intervensi menangani tingkah laku bermasalah dan
membina pelan pengurusan bilik darjah yang efektif.
EDUP3053 Kursus ini memberi fokus kepada amalan teknologi pengajaran. Pelajar akan memperoleh pengetahuan dan kefahaman
tentang pemilihan, penggunaan dan penilaian media pengajaran. Pelajar akan mengapplikasikan kemahiran teknikal dalam
menghasilkan media pengajaran yang berkualiti dan berkesan serta mengurus media dan sumber pengajaran dan
pembelajaran dengan cekap.
TERAS
PSVK3063 Kursus ini memberi tumpuan kepada empat bidang kegiatan PSV SR iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan,
membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Kursus ini juga meliputi tujuan, kaedah, bentuk, skema
pemarkahan dan pentaksiran hasil kerja dan portfolio dalam pentaksiran PSV.
PSVK3093 Kursus ini merangkumi penghasilan karya, merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan appresiasi karya Tahap
1 dan 2 sekolah rendah, dalam Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional.
ELEKTIF TERAS
ELMK3053 Kursus ini merangkumi aspek perkembangan Pendidikan Moral di Malaysia, kurikulum, pentaksiran dan pengurusan mata
pelajaran Pendidikan Moral di sekolah rendah.
ELMK3063 Kursus ini merangkumi pendekatan, strategi, kaedah, teknik dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral di sekolah rendah.
RBTS3093 Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar pendekatan pedagogi Reka Bentuk dan Teknologi RBT Sekolah Rendah
berkaitan strategi, kaedah dan teknik pengajaran, perancangan pengajaran yang mengikut standard kurikulum dan
pentaksiran sekolah rendah, serta penyediaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi.
RBTS3223 Kursus ini merangkumi teknologi tanaman sayuran meliputi semua proses menanam bermula dari pemilihan, penyediaan
tanah, menanam dan penjagaan sehingga pengendalian hasil tanaman; serta teknologi dan kaedah pembiakan.
PISMP JUN-NOV 2017