Page 11 - Demo
P. 11
dIAZO dIPLOMA sHOW 41sT GENERATION sEPTEMBER 2019 – JANUARI 2020
Pelajar tahun akhir Diploma Teknologi Percetakan Sesi 2019/2020 bersama pensyarah-pensyarah merakamkan foto memori bersama sebelum mengakhiri pameran diploma
Teks oleh: Edrina Syazlina Binti Ahmad Badri
Sumber foto: Muhammad Azliesyam Bin Adenan dan Muhammad Afiq BIn Adenan
Pada 11 Januari 2020 yang lalu, pelajar tahun akhir Diploma Teknologi Percetakan Sesi 2019/2020 telah mengadakan Pameran Diploma bertemakan Diazo. Pameran ini berlangsung di Galeri Lakeside dan Centre Court, UiTM Puncak Alam. Seramai 77 orang pelajar dari generasi Printech ke-41 terlibat dalam menjayakan pameran ini. Puan Hajah Nafisah Ismail serta Encik Jamil Iswan adalah penyelia bagi projek ini dibantu bersama Dr Khairul Azahari Abdul Rani, Cik Intan Natasha Abdul Azim, Puan Aezzaddin Aisyah Zainuddin dan Encik Ezzry Hafiq Jeapry.
Keistimewaan pameran ini adalah ia mempamerkan hasil karya yang dihasilkan sendiri oleh pelajar. Dalam menghasilkan produk ini, para pelajar
mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari sepanjang pengajian di peringkat diploma. Pameran ini telah dibuka kepada orang ramai dan mendapat sambutan yang meriah dari pelbagai pihak walaupun permohonan lawatan menjemput pelajar sekolah tidak diluluskan akibat masalah yang tidak dapat dielakkan. Bilangan pelajar yang ramai merupakan salah satu faktor yang memeriahkan lagi pameran ini. Pelajar dapat berinteraksi dengan para pelawat seterusnya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi di kalangan pelajar. Penganjuran program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang kerana memberi impak positif kepada pelajar, pihak jabatan, fakulti dan UiTM.