Page 2 - Sukan Mini 2019
P. 2
1.0 PENDAHULUAN
Sukan adalah satu bentuk aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama murid dan guru. Dengan
adanya aktiviti sukan sebegini akan mencetuskan semangat kesukanan dan pertandingan yang sihat di
kalangan murid. Selain daripada itu, ia dapat dijadikan sebagai satu aktiviti kepada semua murid di
samping memberikan kesedaran pentingnya sukan kepada semua. Akan tetapi, masalah kekangan tempat
menyebabkan sekolah hanya mampu mengadakan sukaneka untuk penyertaan semua murid.
2.0 Objektif
2.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang sukan dan permainan dengan lebih
menyeluruh.
2.2 Memberikan pendedahan kepada murid tentang pentingnya kecerdasan kepada kesihatan tubuh
badan manuisa.
2.3 Membentuk sahsiah murid agar lebih berdisiplin dengan aktiviti sukan dan permainan yang
terancang.
2.4 Mengeratkan ikatan hubungan di antara semua murid dan guru melalui aktiviti yang diadakan
bersama.
2.5 Memupuk budaya saing yang positif di dalam suasana pertandingan yang komprehensif.
3.0 TEMA
”MINDA CERGAS, BADAN SIHAT”
4.0 KUMPULAN SASARAN
Aktiviti ini disertai oleh murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 berdasarkan kategori yang diambil.
Setiap acara disertai oleh 10 orang murid dalam setiap kelas .
5.0 TEMPAT
Gelanggang bola keranjang
6.0 TARIKH
27 September 2019 (JUMAAT)
7.0 MASA
0715 – 1100 pagi
8.0 PAKAIAN
Pakaian guru dan murid – Baju PJ