Page 13 - Buku Promosi ILP Kuala Langat
P. 13
ilpkls
PENGAMBILAN PELAJAR
Pengambilan ke ILP Kuala Langat dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan
Julai setiap tahun. Cara – cara memohon adalah secara aplikasi dalam talian (online) seperti
berikut :-
1. Pengambilan Sesi Januari
Pemohonan ke ILJTM dibuka secara dalam talian (online) melalui laman web JTM
http://www.jtm.gov.my.
2. Pengambilan Sesi Julai
ilpkls
Pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN)
dengan harga RM15.60 seorang melalui BSN, ATM dan SMS Banking.
Laman web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
(http://upu.mohe.gov.my) bagi sesi kemasukan Julai.
ilpkls
ilpkls
ilpkls
SYARAT KEMASUKAN
Warganegara Malaysia berumur di antara 17-35 tahun. Lulus temuduga bagi kursus G02, M03 & G05
dan mempunyai kelulusan akademik seperti berikut:
Sijil
a) SPM atau setaraf denganya, lulus Matematik / Matematik Tambahan dan Sains / Fizik /
subjek teknikal serta lulus Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.
Diploma
a) Mempunyai SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus temuduga.
b) Lulus Bahasa Melayu, Matematik, Matematik Tambahan, Sains/ Fizik / subjek teknikal &
Bahasa Inggeris diperingkat SPM atau setaraf denganya.
12