Page 184 - MANUAL PENGURUSAN
P. 184
MANUAL PENGURUSAN 2019
4.6 JAWATANKUASA KANTIN
PENGENALAN:
Kantin sekolah merupakan satu tempat yang sinonim dengan murid. Oleh itu, perancangan
dibuat sebagai panduan menjadikan kantin suatu tempat yang menarik, bersih dan ceria bukan
sahaja untuk murid malahan guru, pelawat dan sesiapa sahaja yang berkunjung ke kantin. Selain
itu, perancangan ini bertujuan memastikan murid-murid mempraktik dan mempunyai disiplin
semasa menggunakan kantin. Semua akan merasa selesa dan tenteram apabila menggunakan
kantin.
OBJEKTIF:
1. Mendidik dan melahirkan murid yang tahu menjaga kebersihan.
2. Menjadikan kantin satu tempat yang bersih, ceria dan menarik.
3. Mendidik murid supaya menjadikan kantin bukan sahaja tempat untuk makan malah untuk
belajar sendiri atau berkumpulan.
4. Memastikan kuantiti makanan yang dijual seimbang dengan nilainya.
5. Menjaga kualiti makanan yang dijual.
SASARAN:
1. Semua murid
2. Penguasaha kantin
3. Guru dan kakitangan sekolah
4. Pelawat
JANGKA MASA:
1. Sepanjang tahun.
STRATEGI:
1. Semua pengguna kantin mendapat makanan yang seimbang dan berkhasiat.
2. Menjadikan kawasan kantin bersih ceria dan selamat.
3. Menjadikan kantin sebagai medan pengetahuan kesihatan dan meransang proses
pembelajaran.
SENARAI TUGAS:
1. Bertanggungjawab dan bekerjasama dengan AJK Kesihatan dalam menguruskan hal-hal
yang berkaitan dengan kesihatan dan kantin sekolah.
2. Bertanggungjawab memastikan kantin dan kawasan sekitarnya dalam keadaan bersih, tidak
berbau dan sentiasa diurus. Sistem pembuangan sampah perlu diselia selalu.
3. Memastikan pihak pengurusan kantin menyediakan makanan mengikut menu dan harga
mengikut surat perjanjian. Senarai makanan dan minuman serta harganya hendaklah
dipamerkan.
4. Memastikan semua petugas makanan telah mendapat suntikan kesihatan dan memakai
apron serta menutup kepala dengan bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian
Kesihatan apabila menjalankan tugas-tugasnya.
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 169