Page 125 - MANUAL PENGURUSAN
P. 125

MANUAL PENGURUSAN                   2019




                              Pusat Sumber                        - Guru Media

                              Bilik Kaunseling                    - Guru Bimbingan & Kaunseling


                             ii.  Rekod Penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa mesti diwujudkan

                             iii. Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah sentiasa diutamakan

               16.12  Penyeliaan Buku Latihan pelajar

                            i.   Kerja pelajar akan dicerap oleh pengurusan 2 kali setahun.
                            ii.  Semua Guru akan menyerahkan buku dari kelas yang diajar untuk disemak oleh
                                 ketua   panitia
                            iii. Semua Ketua Panitia akan menyerahkan 10 buah buku daripada kelas yang diajar
                       kepada pengetua/ Pen. Kanan/GKMP.



               17.0    ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA

               17.1  Dasar  perbelanjaan  akan  ditentukan  semasa  Mesyuarat  Kewangan  Sekolah  Setiap
                       Panitia  boleh  mengemukakan  cadangan  pembelian  buku  dan  perlatan  bantu  mengajar
                       kepada Guru Penolong Kanan/Guru Kanan Mata Pelajaran. Nota minta hendaklah diisi
                       dan ditandatangan sebelum pesanan dibuat.

               17.2  Dasar perolehan penggunaan, penyelenggaraan dan vertifikasi tahunan mesti mengikut
                       Arahan Pembendaharaan yang sedang berkuatkuasa.

               17.3  10% peruntukan untuk tahunan berkenaan mesti disimpan untuk tahun berikut.

               17.4  Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang ada.



               18.0    PERKEMBANGAN PROFESIONALISME STAF

               18.1  Semua  guru  ataupun  staf  sokongan  digalakkan  berusaha  sentiasa  memajukan  dan
                       meningkatkan profesionalisme bagi memupuk budaya kerja cemerlang .

               18.2  Semua  guru  yang  menghadiri  kursus-kursus  yang  dianjurkan  oleh  bahagian-bahagian
                       KPM  perlu  menyediakan  minit  curai  untuk  tindakan  seterusnya.  Guru  yang  telah
                       menghadiri  kursus  hendaklah  mengadakan  kursus  dalaman  atau  sekurang-kurangnya
                       memberi taklimat mengikut keperluan.

               18.3  GKMP/ Ketua Panitia hendaklah memastikan guru yang mengajar mata pelajaran bukan

                       opsyen diberi bimbingan sewajarnya berkaitan subjek berkenaan.
               18.4  Semua guru hendaklah menghadiri 7 hari Latihan Personel (LADAP) dalam setahun.

               18.5     Latihan Personel dirancang mengikut keperluan guru atau sekolah.

               18.6    Lawatan penanda aras ke sekolah cemerlang boleh diadakan dalam kumpulan kecil untuk
                       mendapatkan maklumat dan perkongsian ilmu.


                                         BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my    110
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130