Page 135 - MANUAL PENGURUSAN
P. 135
MANUAL PENGURUSAN 2019
9. Jangan kutip kertas soalan sebelum tamat waktunya kerana ini akan menyebabkan
kelas menjadi bising dan mengganggu murid-murid yang lain.
10. Serahkan sendiri kertas jawapan kepada Setiausaha Peperiksaan yang bertugas di
Bilik Peperiksaan. Tidak dibenarkan menyuruh murid menyerahkan kertas jawapan
kepada guru pemeriksa atau ke Bilik Peperiksaan.
E. GURU MATA PELAJARAN
1. Sila semak kertas jawapan murid dalam tempoh yang ditetapkan. Kelewatan memberi
markah akan memberi masalah kepada guru tingkatan menyediakan Rekod Kemajuan
Murid.
2. Mengisi SAPS mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
3. Membuat perubahan markah dalam SAPS jika ada secepat mungkin.
F. GURU KELAS
1. Menyediakan pelan kedudukan murid sehari sebelum peperiksaan bermula dan
menyerahkannya kepada Ketua Tingkatan.
2. Memantau guru mata pelajaran dalam mengisi markah.
3. Mengisi ruangan kehadiran dan ulasan guru.
4. Mencetak 1 salinan Lembaran Markah dan meminta semua murid menyemak
markah.
5. Memaklumkan guru mata pelajaran sekiranya terdapat kesalahan dan meminta
guru mata pelajaran membuat pembetulan secepat mungkin. Kemudian mencetak
2 salinan Lembaran Markah (1 salinan untuk dilekatkan dalam Buku Rekod
Mengajar dan 1 salinan diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan setelah
ditandatangani oleh pentadbir).
6. Mencetak Slip Pelaporan Murid dan memasukkannya ke dalam Fail Prestasi. Slip
Keputusan Murid untuk semua tingkatan perlu dibuat 1 salinan dan disimpan dalam Fail
Peribadi Murid.
7. Slip Pelaporan Murid yang sudah siap hendaklah dihantar ke pejabat mengikut tarikh
yang ditetapkan untuk ditandatangan oleh Pengetua.
8. DIWAJIBKAN menyerahkan Slip Pelaporan Murid kepada murid-murid mengikut
tarikh yang ditetapkan.
9. Laporkan kepada Setiausaha Peperiksaan sekiranya terdapat guru mata pelajaran yang
masih belum mengisi markah selepas tarikh tutup yang ditetapkan.
10. Pada akhir tahun, serahkan semua Fail Prestasi/ Slip Pelaporan Murid kepada
kaunselor.
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 120