Page 143 - MANUAL PENGURUSAN
P. 143
MANUAL PENGURUSAN 2019
BIDANG TUGAS PENYELARAS TINGKATAN
1. Membantu tugas-tugas guru kelas terutamanya buku jadual kedatangan, APDM dan
Pengurusan SPBT.
2. Menyelaras dan memantau keselamatan, kebersihan dan keceriaan kelas.
3. Mengambil tindakan berhubung dengan tugas guru kelas semasa ketiadaan guru kelas di
sekolah.
BIDANG TUGAS GURU KELAS
1. Penyeliaan kelas - memastikan kelas mempunyai :
1.1. Ketua tingkatan
1.2. Penolong ketua tingkatan
1.3. Jawatankuasa Kelas
1.4. Jadual waktu kelas
2. Penyediaan jadual kedatangan pelajar dan memastikan perkara-perkara berikut direkod /
tanda / tulis dan dikemas kini dari semasa ke semasa serta mengambil tindakan yang perlu
berkaitan:
2.1. Maklumat muka hadapan
2.2. Penyata Bulanan Mengikut Bangsa
2.3. Analisis Kedatangan Setahun
2.4. Bayaran Yuran Khas
2.5. Maklumat diri pelajar
2.6. Maklumat ibu bapa / penjaga
2.7. Menulis nama penuh pelajar, bilangan dalam sekolah dan jantina pada setiap bulan.
2.8. Menanda sendiri kehadiran pelajar pada setiap hari persekolahan. Pulangkan
semula buku jadual kedatangan pelajar ke pejabat sebelum pukul 9.00 pagi setiap
hari.
2.9. Menutup jadual kedatangan pelajar pada setiap akhir bulan. Pastikan semua
ruangan yang berkenaan diisi dengan betul.
2.10. Sila baca peraturan yang terdapat di bahagian dalam kulit hadapan jadual
kedatangan pelajar sebagai panduan.
2.11. Buku jadual kedatangan pelajar ialah dokumen rasmi kerajaan. Oleh itu semua
kerja-kerja berkaitan dengannya hendaklah dibuat dengan cermat dengan tujuan
untuk mencegah sebarang kesilapan berlaku. Buku ini hendaklah dibalut dengan
plastik lutsinar.
2.12. Sebarang maklumat yang berkaitan dengan kehadiran pelajar, contohnya surat cuti
sakit/surat kebenaran khas dan lain-lain hendaklah dilampir/disimpan dalam buku
jadual ini.
2.13. Jika terdapat seseorang pelajar yang tidak hadir TIGA hari berturut-turut tanpa
kebenaran/cuti sakit, guru tingkatan hendaklah merujuk perkara ini kepada
Pengetua / Penolong Kanan HEM untuk tindakan selanjutnya. Surat hendaklah
dihantar kepada ibu bapa / penjaga pelajar berkenaan untuk mendapat penjelasan
/ menghantar anak jagaannya ke sekolah.
3. Pungutan dan pengurusan Yuran Sekolah : Pungutan dan pengurusan yuran sekolah
hendaklah dilaksanakan seperti:
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 128