Page 241 - MANUAL PENGURUSAN
P. 241
MANUAL PENGURUSAN 2019
Bidang Tugas
Ketua Guru Rumah Sukan
1. Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan murid).
2. Membuat pengagihan tugas kepada semua guru dan ahli rumah sukan.
3. Membentuk jawatankuasa rumah sukan dalam kalangan murid yang meliputi
olahraga dan permainan.
4. Menentukan guru rumah sukan untuk menjadi pengadil dalam pertandingan
peringkat sekolah.
5. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/ PK Kokurikulum sekiranya
menghadapi masalah.
6. Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
7. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid.
8. Sentiasa berbincang dengan guru rumah sukan untuk meningkatkan prestasi
rumah suk
Guru Rumah Sukan
1. Menerima tugas yang diamanahkan oleh Ketua Guru Rumah Sukan.
2. Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.
3. Guru dan murid wajib hadir pada waktu latihan Rumah Sukan, kedatangan dicatat
dalam Buku kehadiran kokurikulum.
4. Menghadirkan diri semasa latihan dan pertandingan dan mengambil kedatangan
murid serta mengambil tindakan terhadap murid yangb tidak hadir.
5. Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara
rumah sukan.
6. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
7. Mengawasi keselamatan murid pada waktu latihan.
8. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid. Sentiasa berbincang
dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan potensi rumah sukan.
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 226