Page 282 - MANUAL PENGURUSAN
P. 282
MANUAL PENGURUSAN 2019
BIDANG TUGAS
1. Guru bertugas dikehendaki datang 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang 15
minit setelah sekolah berakhir. Guru bertugas Sekolah Penyayang perlu berada di pintu pagar
sekolah pada awal waktu persekolahan sebagai Guru Penyayang
2. Membantu Pengetua membuat pengawasan menyeluruh terhadap pelajar-pelajar sebelum
loceng pertama dibunyikan, pada waktu rehat, sekitar kawasan sekolah dan mengambil
tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.
3. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin dan kawasan sekolah.
4. Guru 3 & 4 bertugas di kantin. Guru dikehendaki memeriksa kebersihan makanan yang dijual di
kantin sekolah dan membuat laporan. Selain itu guru perlu memastikan murid-murid sentiasa
bersopan santun dan mengamalkan pekerti mulia semasa berada di kantin.
5. Membuat laporan di dalam buku "Laporan Bertugas" yang disediakan. Jika ada aduan atau kes
kecemasan guru perlu memaklumkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat
diambil.
6. Menguruskan rawatan pelajar-pelajar yang sakit atau menghantar mereka ke klinik atau hospital
setelah mendapat keizinan ibu bapa/ penjaga murid.
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekod nama murid-murid yang terlibat.
8. Memastikan ketepatan waktu rehat ,kehadiran dan kepulangan murid.
9. Menguruskan hal-hal yang bersabit dengan kehilangan/ penemuan barang-barang.
10. Mencatat aktiviti-aktiviti sekolah seperti sukan/persatuan/pasukan beruniform yang dijalankan.
11. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/ minggu
persekolahan di dalam "Buku Laporan Bertugas". Antaranya termasuklah kehadiran guru,
ucapan/ pengumuman penting dalam perhimpunan dan lawatan pelawat rasmi.
12. Mengelolakan perhimpunan sekolah dan menentukan semua guru dan pelajar menghadiri
perhimpunan.
13. Menyampaikan ucapan ringkas/ pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan sekolah.
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 267