Page 311 - MANUAL PENGURUSAN
P. 311

MANUAL PENGURUSAN                  2019




                                        MAKLUMAT PENGURUSAN PPKI
                                     SMK BANDAR SUNGAI BUAYA 2019



                                                   “Pendidikan Khas (PK)”,
                      ialah pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas di tiga opsyen (setting)
                      persekolahan, iaitu sekolah pendidikan khas, atau di sekolah arus perdana yang
                    melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif,
                   pada peringkat pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah atau
                                                  pendidikan lepas menengah.

                                             “Murid Berkeperluan Khas (MBK)”,
                    ialah murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi
                 atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan
                     kerajaan atau swasta sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan,
                     ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal,
                             masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan.


                                       “Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)”,
                   ialah suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan khas yang hanya dihadiri oleh
                     murid berkeperluan pendidikan khas di kelas khas di sekolah kerajaan dan sekolah
                                                       bantuan kerajaan.

                                            “Program Pendidikan Inklusif (PPI)”,
                   ialah suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri
                  oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas
                               yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

                                          “Rancangan Pendidikan Individu (RPI)”,
                     ialah satu dokumen bertulis yang dirancang khusus untuk seorang murid bertujuan
                       mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program
                                      prmbelajaran serta perkhidmatan yang disediakan.
                      Ia berfungsi sebagai suatu alat atau instrumen untuk menentukan kerjasama dan
                  kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, murid itu sendiri dan jika perlu, pegawai pendidikan
                                 daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.







                                           BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my    296
   306   307   308   309   310   311   312   313   314   315   316