Page 320 - MANUAL PENGURUSAN
P. 320
MANUAL PENGURUSAN 2019
2. BIDANG TUGAS PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
2.1 Memastikan pencerapan PdPc guru di kelas PPKI dilaksanakan dari
semasa ke semasa.
2.2 Memastikan pengurusan Jadual Waktu Guru Pendidikan Khas disahkan
oleh pengetua.
2.3 Menyerahkan salinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah
2.4 Memastikan guru pendidikan khas memberi keutamaan dalam
perlaksanaan PdPc serta aktiviti berkaitan PPKI.
2.5 Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru Pendidikan Khas untuk
menyediakan jadual waktu sebelum sesi persekolahan tahun semasa
bermula.
2.6 Memastikan guru Pendidikan Khas mengajar sepenuhnya di PPKI.
2.7 Memastikan pelaksanakan pencerapan PdPc kepada semua guru
Pendidikan Khas.
2.8 Memastikan aktiviti kokurikulum PPKI dilaksanakan sepenuhnya dengan
penglibatan semua murid PPKI
2.9 Memastikan buku persediaan mengajar dan RPI disediakan dan dikemas
kini oleh guru Pendidikan Khas.
3. BIDANG TUGAS PENGURUSAN KELAS
3.1 Menyediakan satu peraturan untuk kelas PPKI dan mendapatkan
persetujuan daripada pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu
bapa atau penjaga.
3.2 Memastikan suasana kelas PPKI selesa dan konduktif untuk PdPc.
3.3 Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas PPKI
direkod dan diselenggara dengan baik.
3.4 Mencadangkan pembelian keperluan di PPKI kepada pengetua untuk
membuat permohonan peralatan / aset dan naik taraf kelas PPKI ke Unit
Pendidikan Khas JPN melalui PPD masing-masing berdasarkan
keperluan semasa.
1. TANGGUNGJAWAB GURU PENDIDIKAN KHAS
1.1 Menyediakan fail peribadi murid yang di dalamnya terdapat :-
- Laporan doktor pakar
- Laporan perbincangan / temubual dengan ibu bapa atau penjaga.
- Soal-selidik tingkah laku
- Butir-butir peribadi
- Borang-borang penilaian / ujian diagnostik
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 305