Page 326 - MANUAL PENGURUSAN
P. 326
MANUAL PENGURUSAN 2019
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PANITIA MATA PELAJARAN
1. Memperoleh sukatan pelajaran dan menyediakan Rancangan Pengajaran
Tahunan.
2. Memilih dan mencadangkan buku-buku yang sesuai bagi murid-murid serta guru-
guru.
3. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah serta
menubuhkan tabung bank soalan.
4. Mengkaji dan menganalisi keputusan pentaksiran/peperiksaan untuk mengatasi
kelemahan murid dan pengajaran guru.
5. Merancang dan menjalankan aktiviti perkembangan staf dalam hal-hal profesional.
6. Menyimpan fail panitia di sekolah secara kemas kini dan tersusun.
7. Menyediakan rancangan, melaksanakan dan membuat laporan panitia.
BIDANG TUGAS GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN PPKI
1. Menjalankn tugas mengikut jadual yang ditetapkan.
2. Menyambut murid di pintu pagar sekolah di waktu pagi dan menghantar murid di
pagar sekolah semasa balik sehingga diambil oleh ibu bapa atau penjaga.
3. Bertugas di tapak perhimpunan, memastikan muird mengikut perhimpunan
dengan baik dan mengikut peraturan sekolah.
4. Mengawasi dan membantu murid dalam mobiliti semasa datang, rehat dan waktu
pulang.
5. Merekodkan kehadiran murid di papan kenyataan PPKI.
6. Mengisi laporan harian di Buku Bertugas Mingguan PPKI
7. Mencatat pergerakan guru dan ppm di Buku Pergerakan Guru dan PPM.
8. Memastikan murid tidak berkeliran dan sentiasa berada di kelas semasa
proses pembelajaran.
9. Memastikan keselamatan dan kebajikan murid PPKI pada hari bertugas
terutama ketika aktiviti luar kelas dijalankan.
10. Bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan PPKI.
11. Bekerjasama dengan PPM bagi memastikan keselamatan dan kebajikan
murid PPKI.
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 311