Page 212 - MANUAL PENGURUSAN SMKTP
P. 212
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
PERANAN:
1. Semua Guru akan diminta menyempurnakan tugas ini mengikut mingguan. Dalam
tiap-tiap 1 minggu persekolahan, 3 orang Guru akan bertugas.
2. Guru Bertugas hadir ke sekolah 15 minit awal bagi memastikan perjalanan sekolah
bagi hari / minggu berkenaan.
3. Guru bertugas mingguan / harian bertindak sebagai pengawal perhubungan sekolah.
4. Tugas-tugas guru bertugas adalah seperti berikut :
GURU TUGAS
1) Membuat pengumuman yang berkaitan dan mengendalikan perhimpunan
pagi.
2) Membantu mengawasi disiplin dan kebajikan murid.
GURU 3) Mengawasi pergerakan murid semasa persekolahan dan waktu pulang.
A 4) Memberi perhatian kepada murid-murid yang lambat ke sekolah.
5) Memberi perhatian kepada murid-murid yang keluar kelas tanpa
kebenaran.
6) Dapatkan maklumat tentang perhimpunan sehari sebelum perhimpunan.
1) Bertugas di BILIK ISOLASI - Mengendalikan pelajar yang bergejala covid
19 / sakit / memerlukan rawatan.
2) Membuat laporan-laporan yang perlu dicatatkan di dalam Buku Log
GURU Laporan Guru Bertugas untuk makluman dan perhatian Pengetua /
B Penolong Kanan dan guru-guru. Buku ini hendaklah diserahkan kepada
PKP / PK HEM sebelum sekolah bersurai pada hari berkenaan untuk
ditandatangani.
3) Mengendalikan pelajar yang sakit /memerlukan rawatan.
1) Mengambil suhu pelajar di pintu pagar utama.
GURU 2) Menyambut murid di pintu pagar selaras dengan konsep sekolah
penyayang.
C 3) Memastikan tahap kebersihan sekolah terpelihara – kantin, kaki lima,
tandas, bilik darjah, bilik khas dan lain-lain.
GURU 1) Mengambil suhu pelajar di pintu pagar kecil.
D 2) Menyambut murid di pintu pagar selaras dengan konsep sekolah
penyayang.
Email: dea0042@edu.moe.my 201