Page 25 - MANUAL PENGURUSAN SMKTP
P. 25
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
PIAGAM PELANGGAN
Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi Sekolah, kami akan
berkhidmat secara jujur, mesra, ikhlas bagi mendidik dan melahirkan pelajar yang
berilmu pengetahuan, berkemahiran, berketerampilan, berdaya saing dan bersahsiah
diri yang unggul selaras dengan usaha kami untuk Menjana Insan Kamil. Harapan ini
akan kami tunaikan melalui janji perkhidmatan kami:
1. Berusaha memupuk dan mengembangkan bakat dan potensi diri pelajar dalam
tiga bidang utama iaitu akademik, sahsiah dan kokurikulum.
2. Pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (POP) yang berkesan dan berkualiti.
3. Menggalakkan persaingan untuk kecermelangan.
4. Menyediakan peluang yang seluasnya dan samarata untuk membina potensi
diri.
5. Memberi bimbingan untuk membina kerjaya.
6. Memberi makluman segera kepada ibubapa/penjaga mengenai masalah pelajar.
7. Menyediakan laporan pencapaian akademik kepada ibubapa atau penjaga.
8. Prihatin dalam aspek keselesaan, kebajikan dan keselamatan.
9. Mewujudkan sekolah berbudaya penyayang.
10. Menjadikan kualiti sebagai teras berkhidmat dengan mengutamakan
kesopanan, kemesraan, ketepatan dan kesegeraan.
11. Mematuhi dan menyempurnakan arahan PPD, JPN dan Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam melaksanakan tugas dengan amanah sebagai satu ibadah
kepada Allah SWT.
ETIKA KERJA ISLAM
1. Bekerja dengan azam untuk mengabdikan diri kepada ALLAH SWT.
2. Bekerja dengan ikhlas dan aman.
3. Bekerja dengan tekun dan cekap.
4. Bekerja dengan semangat gotong royong dan berpadu fikiran.
5. Bekerja dengan matlamat untuk kebahagiaan manusia sejagat.
Email: dea0042@moe.edu.my 25