Page 6 - MANUAL PENGURUSAN SMKTP
P. 6
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
SEKAPUR SIREH DARIPADA TUAN PENGETUA
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah.
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin dan kurnianya,
kita dapat menerbitkan Buku Manual Pengurusan Sekolah 2022 yang merupakan dokumen
yang sangat penting sebagai rujukan dan panduan kepada semua Pentadbir, Guru serta
Kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Teratak Pulai dalam merealisasikan Visi, Misi
dan Moto sekolah. Justeru, usaha menghasilkan buku ini merupakan usaha yang tepat dan
begitu signifikan kepada semua warga sekolah ini.
Kurikulum Pendidikan disemak semula untuk membangunkan kemahiran abad
ke-21 yang dapat menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang.
Hasrat ini direalisasikan dalam Gelombang 2 PPPM (2016-2022) melalui Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM). KPM telah mengenalpasti bahawa PAK21 mampu
melahirkan pelajar yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat jitu, bermaklumat dan
patriotik, mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan
daiam melahirkan modal insan cemerlang dan berketrampilan.
Pelaksanaan KSSM di Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 juga dapat melahirkan pelajar
yang mempunyai pemikiran komputasional. Pemikiran komputasional merupakan
keupayaan berfikir secara logik dan sistematik daiam menyelesaikan masalah. Kita perlu
menyediakan murid yang dapat berfikir serta dapat meneroka peluang pekerjaan yang
belum wujud lagi untuk kerjaya masa hadapan mereka.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjadi individu berjiwa besar yang dapat
menyumbang fikiran dan idea untuk membina dan membangunkan modal insan yang
berkualiti dan bertaraf dunia selaras dengan hasrat dan fokus KPM dan YAB Perdana
Menteri Malaysia.
Sekian, wassalam.
“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”
“MENJANA INSAN KAMIL”
“SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH”
(NIK MOHAMAD BIN YUSOF)
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Teratak Pulai
16370 Bachok,
Kelantan.
Email: dea0042@moe.edu.my 6