Page 87 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 87
PEMANTAUAN
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.0 Pendahuluan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah telah berkembang selari dengan
perkembangan dunia pendidikan negara. Pemantauan yang dijalankan dapat
menyelaraskan perkhidmatan yang diberi di sekolah-sekolah supaya berjalan lebih teratur
dan menepati kehendak Perekayasaan Bimbingan dan Kaunseling.
2.0 Matlamat
Meningkatkan tahap profesionalisme dan menyelaraskan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling terhadap profesion dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
rendah dan menengah.
3.0 Objektif
3.1 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dilaksanakan di sekolah-sekolah mengikut
garis panduan yang ditetapkan.
3.2 Memastikan program-program yang dirancang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah
mengikut keperluan dan Pengukuran Indeks Prestasi (KPI).
3.3 Memastikan prasarana dan kemudahan yang disediakan Unit Bimbingan dan
Kaunseling mengikut piawaian yang dikehendaki bagi mewujudkan suasana
teraputik.
3.4 Memastikan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling disekolah dapat memberi
impak kepada kumpulan sasaran.
4.0 Kaedah Pelaksanaan
4.1 *Rujuk Instrumen Pemantauan.
4.1.1 Pemantauan oleh pegawai dari PPD, JPN dan KPM dijalankan antara
bulan Januari hingga November dengan menggunakan instrumen yang
disediakan.
89