Page 118 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SMK CHANIS 2018
P. 118
PENGURUSAN KOKURIKULUM 81
WAKTU DAN TEMPAT
AKTIVITI KOKURIKULUM
SMK CHANIS 2018
HARI : RABU (Kelab & Uniform) ISNIN – KHAMIS (Sukan)
MASA : 1.30 – 2.30 ptg 5.00 – 6.30 PETANG
Kaedah Pelaksanaan
1. Dijalankan pada setiap Hari Rabu bermula jam 1.30 hingga 2.40 ptg.
2. Aktiviti Unit Kokurikulum akan dijalankan berselang minggu antara Kelab &
Persatuan dan Badan Beruniform serta Sukan dan Permainan
3. Jumlah bilangan kali perjumpaan adalah seperti berikut
Kelab dan Persatuan : 12 Kali (1 jam setiap perjumpaan)
Badan Beruniform : 18 Kali (1 jam setiap perjumpaan)
Sukan dan Permainan : Minima 2 Kali Sebulan (1.5 jam setiap perjumpaan)
4. Setiap perjumpaan unit kokurikulum yang dibatalkan mestilah diganti semula
5. Namun begitu bagi Unit Kokurikulum Sukan dan Permainan akan dijalankan
secara komprehensif bagi menjayakan Dasar 1 Murid 1 Sukan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Aktiviti Sukan dan Permainan akan dijalankan Setiap Minggu
1 & 3 & 5 pada waktu petang atau 2 kali bagi setiap bulan seperti yang tercatat
pada jadual. Walau bagaimanapun, sekiranya aktiviti Sukan dan Permainan telah
dijalankan pada waktu pagi pada Hari Rabu maka ia tidak akan dijalankan pada
waktu petang pada minggu tersebut.
6. Jadual aktiviti unit kokurikulum adalah dibuat mengikut perancangan semasa. Ia
sentiasa tertakluk kepada sebarang perubahan terkini.
7. Bagi memastikan aktiviti kokurikulum ini berjaya, tanggungjawab dan komitmen
yang tinggi daripada guru-guru adalah sangat-sangat diharapkan.
8. Setiap guru penasihat mestilah menyediakan laporan bagi setiap aktiviti
kokurikulum yang dijalankan oleh mereka.
9. Guru Penyelaras setiap Unit Kokurikulum akan membuat laporan keseluruhan bagi
aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada hari tersebut. Laporan tersebut mestilah
diserahkan kepada GPK Kokurikulum untuk tindakan selanjutnya.