Page 4 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SMK CHANIS 2018
P. 4
KATA ALU-ALUAN
TUAN PENGETUA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Satu Malaysia.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia
Innayah-Nya, dapatlah kita menyiapkan Buku Pengurusan
dan Perancangan Strategik Sekolah bagi tahun 2018 ini.
Segala perancangan yang telah digarapkan dalam Buku
Pengurusan ini adalah bermatlamatkan untuk
merealisasikan visi dan misi Sekolah Menengah Kebangsaan
Chanis seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara. Buku ini
disediakan sebagai asas kepada semua warga sekolah
terutamanya warga pendidik untuk berusaha mencapai
sasaran berasaskan Petunjuk Prestasi Utama yang telah ditetapkan serta
menunjukkan keberhasilannya.
SMK Chanis telah menjelmakan segala dasar dan pendekatan bagi menambah
baik dan melestarikan sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2018 menerusi
semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan seluruh warga sekolah. Sekolah
juga dipastikan berada pada landasan yang betul sebagai kesinambungan citra
penubuhan SMK Chanis lebih 17 tahun yang lalu. Kejayaan demi kejayaan yang
dikecapi oleh SMK. Chanis dan pada 2018 ini, semuanya haruslah dijaga,
dipertahankan dan dipertingkatkan lagi.
Perubahan dan penambahbaikan dalam dasar pendidikan negara seperti
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), (HEBAT)
Petunjuk Keberhasilan Utama negara (NKRA) dan Sarana Sekolah yang menjadi inti
pati pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
menuntut warga pendidikan berfikir di luar kotak, serta mengaplikasikan strategi
lautan biru kebangsaan (NBOS) supaya terus berdaya saing dan dihormati. Ia
merupakan kerangka asas pelaksanaan transformasi pendidikan di peringkat
sekolah. Malah pada tahun 2018 ini, kelangsungan Pedagogi Abad ke- 21 turut
diberi penekanan menerusi Pembelajaran Abad ke-21.
Sukacita saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada
semua pihak yang telah berusaha dengan gigih dalam menghasilkan Buku
pengurusan dan Perancangan Strategik Sekolah 2018 yang begitu komprehensif
dan bakal digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan semua program
pendidikan yang telah dirancang. Komitmen daripada semua. Sudah semestinya
datangnya daripada kerjasama semua pihak seperti guru-guru, kaki tangan
sokongan, pekerja, PIBG dan ibu bapa serta murid-muridnya.
HAMZAH BIN ABD HAMID
PENGETUA
SMK CHANIS