Page 444 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SMK CHANIS 2018
P. 444

5.4 Iklim  disiplin  guru  dan  staf  sokongan  yang  baik  di  sekolah  dapat  mempengaruhi  dan
                       mendorong para pelajar ke arah pembentukan sahsiah dan tingkah laku yang dikehendaki.
                       Disiplin dan perlakuan guru sentiasa dijadikan contoh teladan kepada pelajar. Bagi sekolah
                       yang  dapat  merancang,  mengelola  dan  melaksanakan  program-program  pemupukan
                       disiplin yang baik, didapati kes-kes disiplin kurang berlaku.
                   5.5 Bagi sekolah-sekolah yang mempunyai iklim dan bilik darjah yang sesuai, menarik dan
                       kondusif  untuk  proses  pengajaran  dan  pembelajaran,  kes-kes  salah  laku  disiplin  juga
                       kurang  berlaku.  Didapati  sekiranya  guru-guru  menggunakan  pendekatan  psikologi,
                       kaunseling, tunjuk ajar, kepimpinan melalui teladan dan dapat mengajar dengan baik di
                       dalam kelas, masalah-masalah disiplin juga kurang timbul bagi kelas-kelas berkenaan.
                   5.6 Pengenalan disiplin yang baik akan terjalin sekiranya pihak pengurusan sekolah memberi
                       perhatian  kepada  dapatan-dapatan  Jemaah  Nazir  Sekolah  Persekutuan  di  atas  dalam
                       usaha menguruskan disiplin pelajar.

               Perancangan dalam pengurusan disiplin
               1.  Menentukan sekolah memiliki buku-buku Panduan Disiplin dan Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas
                   terbitan  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  (sila  rujuk  senarai  Surat  Pekeliling  Ikhtisas
                   Mengenai Disiplin).
                   1.1 Menyebarkan maklumat-maklumat  yang  terdapat  di dalam buku-buku Panduan  Disiplin
                       dan  Surat  Pekeliling  kepada  semua  pihak  yang  terlibat  dan  mengedarkan  peraturan-
                       peraturan sekolah kepada semua yang berkenaan.
                   1.2 Melantik ahli-ahli Lembaga Disiplin Sekolah.
                   1.3 Melantik guru pengawas sekolah.
                   1.4 Menyediakan spesifikasi tugas guru pengawas.
                   1.5 Menubuhkan Lembaga Pengawas Sekolah.
                   1.6 Menyediakan spesifikasi tugas pengawas.
                   1.7 Menyediakan bilik pengawas yang sesuai dan selesa.
                   1.8 Menyediakan program/rancangan tahunan untuk mempertingkatkan disiplin sekolah yang
                       merangkumi antara lain aktiviti-aktiviti berikut:
                       o  Ceramah
                       o  Kempen
                       o  Pendedahan
                       o  Seminar dan bengkel
                       o  Nasihat
                       o  Perjumpaan dengan ibu bapa/penjaga/waris.

               Pengelolaan dalam pengurusan disiplin
               1.  Memastikan jadual tugas pengawas dipatuhi.
               2.  Mengadakan rekod mesyuarat Lembaga Pengawas secara kemas kini.
               3.  Mengadakan kempen-kempen peningkatan disiplin pelajar secara berkala.
               4.  Menjatuhkan  hukuman-hukuman  secara  adil  dan  serta  merta  terhadap  pelajar  yang
                   bermasalah disiplin  selepas dibicarakan.
               5.  Melaksanakan keputusan-keputusan dengan tegas dan saksama.
               6.  Menyimpan rekod-rekod hukuman (buku catatan pengawas untuk salah laku pelajar dan buku
                   deraan sekolah) dengan lengkap dan kemas kini.

               Kepemimpinan dalam pengurusan disiplin
               1.  Memberi  taklimat  secara  berkala  kepada  pelajar  mengenai  disiplin  sekolah  oleh  pihak
                   pengurus sekolah/guru disiplin/guru bertugas.
               2.  Memastikan laporan berkala lembaga pengawas disediakan.
               3.  Mengambil tindakan segera terhadap laporan-laporan disiplin yang diterima.
               4.  Sentiasa menjalankan penyeliaan (rondaan) agar pelanggaran disiplin sekolah tiada berlaku.

                                                          18
   439   440   441   442   443   444   445   446   447   448   449