Page 463 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SMK CHANIS 2018
P. 463
PUNCA KUASA KOKURIKULUM
01. Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, jld.41, No.26, Tambahan A.P.U (A)
531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan)
“Kegiatan Kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan akan mengandungi yang
berikut:
a. Penyertaan dalam sukan dan permainan
b. Penyertaan dalam Persatuan dan Kelab
c. Penyertaan dalam Pasukan Pakaian Seragam
d. Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan Menteri
02. Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21hb Mei 1998 P.U. (A) 196, Seksyen 130
Akta Pendidikan 1996, Permohonan/Kebenaran Mengutip Derma/Yuran
Keahlian Daripada Penolong Pendaftar Sekolah.
03. SPI.Bil 1/1985
Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Sekolah. Kandungan: (5.1)
Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang
pelajar. Setiap orang pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya
dalam salah satu gerak kerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan/kelab dan
satu kegiatan sukan/permainan
04. SPI. Bil 2/1986
Rekod kedatangan Dan Laporan Gerak kerja Kokurikulum Pelajar
Kehadiran pelajar dalam gerak kerja Kokurikulum adalah dinilai.
05. SPI Bil 1/1989
Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di sekolah
Memperingatkan kepada pihak sekolah bahawa penyertaan pelajar dalam sukan
adalah DIWAJIBKAN.
12