Page 70 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SMK CHANIS 2018
P. 70

Pengurusan Pentadbiran   33

                                         PANDUAN TUGASAN GURU BERTUGAS

               PENYELIA
                   1.  Menjadi ketua guru bertugas mingguan.
                   2.  Sebagai ketua pengelola perhimpunan mingguan / harian.
                   3.  Membuat laporan yang dibuat oleh guru bertugas dalam perhimpunan mingguan berikutnya.
                   4.  Bertanggungjawab  membuat  rondaan  dan  melaporkan  /  mencatatkan  hal-hal  berkaitan
                       kawasan / bangunan blok A.
                   5.  Memastikan semua pelajar turun dari bangunan blok A ketika rehat.
                   6.  Mengawasi disiplin pelajar dalam perhimpunan pagi setiap hari.
                   7.  Mengawasi pergerakan pelajar (datang) di tempat letak motor dan memastikan motor disusun
                       mengikut ketetapan yang telah ditentukan.
                   8.  Menanda kedatangan di buku rekod kehadiran pelajar jika guru kelas tidak hadir.

               GURU 1
                   1.  Membuat laporan perhimpunan rasmi hari Isnin secara bertaip dan dihantar sebelum
                       balik kepada Pengetua.
                   2.  Membuat laporan harian secara bertaip dan dihantar pada setiap hari Jumaat minggu
                       bertugas dan difailkan.
                   3.  Mengawasi disiplin pelajar dan ketertiban pelajar di kantin pada waktu rehat.
                   4.  Mengurus pelajar keluar sekolah untuk rawatan / kecemasan / dll.
                   5.  Bertanggungjawab membuat rondaan dan melaporkan / catatan hal-hal berkaitan kawasan /
                       bangunan blok B.
                   6.  Memastikan semua pelajar turun dari bangunan blok B ketika rehat.
                   7.  Mengawasi disiplin pelajar dalam perhimpunan pagi.
                   8.  Berada  di  pintu  pagar  utama  sekolah  pada  waktu  pelajar  bergerak  pulang.  Awasi  disiplin,
                       keselamatan dan ketertiban pelajar.

               GURU 2
                   1.  Menguruskan  penyusunan  dan  penyimpanan  kerusi  pentas  di  tapak  perhimpunan  untuk
                       perhimpunan Jumaat / khas.
                   2.  Mengawasi disiplin pelajar dalam perhimpunan pagi.
                   3.  Mengurus pelajar keluar sekolah untuk rawatan / kecemasan / dll.
                   4.  Bertanggungjawab membuat rondaan dan melaporkan / catatan hal-hal berkaitan kawasan /
                       bangunan blok C.
                   5.  Memastikan semua pelajar turun dari bangunan blok C ketika rehat.
                   6.  Berada  di  pintu  pagar  utama  sekolah  pada  waktu  pelajar  bergerak  pulang.  Awasi  disiplin,
                       keselamatan dan ketertiban pelajar.

               GURU 3
                   1.  Mencatat buku laporan guru bertugas dengan lengkap.
                   2.  Berada di pintu pagar utama sekolah sebelum 7.10 pagi untuk mengawasi disiplin dan tindakan
                       kepada pelajar lewat.
                   3.  Bertanggungjawab membuat rondaan dan melaporkan / catatan hal-hal berkaitan kawasan /
                       bangunan blok D.
                   4.  Memastikan semua pelajar turun dari bangunan blok D ketika rehat.
                   5.  Mengurus pelajar keluar sekolah untuk rawatan / kecemasan / dll.
                   6.  Mengawasi pergerakan pelajar di tempat letak motor semasa pulang dan memastikan aliran
                       lalulintas adalah lancar dan selamat.
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75